Bukit Gasing : Latihan sebelum ke Gunung Nuang

















Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya.Lokasi yang sangat sesuai untuk riadah.Hari ahad terutamanya, ramai individu yang berada di sekitar Kuala Lumpur mengambil kesempatan hujung minggu untuk beriadah di sini.Bagi mereka yang ingin berlatih untuk mendapat stamina sebelum mendaki gunung, bukit gasing sangat sesuai dan pilihan yang tepat.Laluanya tidaklah terlalu mencabar, tapi jangan memandang mudah kerana yang mudah tidak semestinya senang.Laluan bukit gasing juga sesekali menegak,landai dan menurun.Jadi sekiranya sudah memulakan langkah tidak boleh berpatah balik lagi kerana sama sahaja bentuk laluannya sama ada anda teruskan perjalanan ataupun berpatah balik.Berpatah balik tetap kena mendaki bukit,teruskan juga tetap kena mendaki bukit.Itulah uniknya bukit gasing.Apapun teruskan sokongan untuk menyelamatkan satu-satunya permata yang masing tinggal dari terus di telan arus kemodenan.Ramai pihak yang masih cuba untuk mencurinya kerana nilai komersil tanahnya yang tinggi.

'note: picture by crew cut'

Comments

Popular Posts