Gunung Tebu-1993


puncak Gunung Tebu 1993


Tahun 1993 komputer tidaklah secanggih sekarang.Waktu itu saya merupakan pengerusi komputer dan Pengerusi Kelab Kembara di Sekolah Men.Agama Durian Guling.Internet pada masa itu masih buta huruf.Hanya tahu menggunakan komputer yang berfungsi sama seperti mesin taip untuk menulis dan mencetak bahan bertulis.Masih ingat lagi dua komputer yang ada di sekolah ketika itu ialah komputer jenis Lotus dan Ibm yang masih menggunakan sistem dos untuk memulakan sesuatu program.Selaku pengerusi kelab rekreasi dan kembara menyebabkan peluang terbuka luas untuk menyertai sebarang ekspedisi yang di anjurkan.Kali ini kami merancang untuk mengadakan ekspedisi mendaki gunung tebu.

Gunung Tebu ('sugar cane mountain') berada di ketinggian 1039 meter/3408 kaki dari paras laut.Lokasinya di hutan lipur lata belatang,daerah besut Terengganu.Bagi pendaki profesional gunung tebu mungkin sebuah gunung yang skala kesukaranya tidak terlalu mencabar.Tapi bagi budak montel yang jarang bersukan dan ini adalah pengenalan dan pengalaman pertama , betapa azab untuk sampai kepuncaknya.Gunung ini juga di katakan agak keras dan di nasihati agar menjaga perilaku dan adab bercakap agar tidak takbur dan bongkak.Dikatakan gunung ini juga menjadi lokasi pelajar silat yang ingin bertapa dan menambah ilmu di dada
Cabaran pertama bermula apabila bas Sekolah yang berwarna kuning tidak boleh masuk Hutan lipur lata belatan apabila ada satu jambatan kayu tidak kuat untuk menampung keberatan bas Sekolah.Jadi kami terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk sampai ke tapak perkhemahan di kaki gunung tebu.Laluan tempat kami berjalan kaki juga di katakan tempat laluan harimau(tak pasti benar atau tidak) oleh itu sekali lagi kami di nasihati untuk menjaga adab bercakap dan tingkah laku.Apabila sampai di tapak perkhemahan di hutan lipur lata belatan kami membuat khemah dan bermalam disitu kerana esok pagi jam 7 pagi kami akan memulakan perjalanan mendaki gunung tebu.Pagi sebelum mendaki kami yang telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan memasak.Kumpulan kami memutuskan untuk memasak nasi lemak bagi bekalan makan tengahari di pertengahan pendakian (batu Mat Hassan) nanti.Kumpulan memasak dan kumpulan khemah berbeza.Kumpulan memasak lelaki dan perempuan bercampur tetapi kumpulan khemah ikut jantina

Masa di ambil untuk amatur seperti saya sekitar 6 hingga 7 jam untuk sampai kemuncak dan saya orang terakhir untuk sampai ke ‘check point’(batu Mat Hassan).Itupun setelah beberapa kali berhenti kerana otot kaki menjadi kejang(natijah kalau tiada stamina).Tetapi semangat rakan-rakan yang sentiasa mendorong dan memberi semangat menjadikan segala kepayahan itu mudah.Tidak tahu kenapa, apabila berada dalam kelompok pendakian,semangat kasih sayang,tolong menolong dan saling membantu begitu menebal.Begitu juga apabila berjumpa kumpulan lain yang sedang turun,masing-masing memberi dorongan dan kata-kata semangat.Mungkin inilah semangat pendaki yang hilang apabila berada di bandar.Perkara ini terjadi secara semulajadi.Pada perhentian pertama (batu Mat Hassan)di separuh perjalanan kesukaranya masih belum sukar.Kami mengambil masa empat jam untuk sampai di batu Mat Hassan .Kami berhenti rehat dan makan juadah yang telah di sediakan.Setelah rehat dalam setengah jam kami memulakan perjalanan.kali ini laluan sampai kepuncak sangat mencabar.Adakala lutut menyentuh perut.Tapi atas sokongan rakan-rakan pendakian itu berjaya sampai ke puncak 3 jam kemudian.Pada masa itu, saya di tugaskan membawa pelita minyak tanah yang terikat di pinggang . Seluruh baju dan seluar saya penuh dengan minyak tanah dan boleh terbakar kalau di nyalakan api.Walaupun ia memenatkan tetapi apabila sampai kepuncak segala keperitan itu hilang tetapi timbul satu perasaan kepuasan yang sukar di jelaskan.

Gunung Tebu juga terkenal dengan taman bongsai semulajadi yang unik dan tumbuhan herba yang tumbuh melata di puncak gunung.Selain itu di situ juga terdapat satu kubur misteri yang tidak pasti milik siapa.Di puncak gunung terdapat satu tanah rata di kaki bukit satu tempat yang sangat sesuai untuk tapak perkhemahan.Pelajar perempuan,guru perempuan dan cikgu lelaki mendirikan khemah mereka di tanah rata itu manakala pelajar lelaki mendirikan khemah di atas bukit tidak jauh dari tanah rata itu.Natijahnya malam khemah kami di pukul ribut dan satu khemah runtuh kerana di pukul ribut dan hujan yang lebat.Terpaksalah menumpang membahagi kepada dua kumpulan dan menumpang khemah yang masih kukuh.Tapak khemah pelajar perempuan tidak jauh dengan sumber mata air.Sumber mata air mesti di gunakan secara berhemah sebab ia hanyalah lopak bukan air sungai.Air sungai ada tetapi jauh di lurah bukit yang mengambil masa 45 minit untuk sampai. Masa turun tidak ada masalah.Empat jam sudah sampai ke tapak perkhemahan di Lata Belatan.




Nota : maaf kalau ada maklumat yang silap kerana peristiwa ini berlaku 16 tahun yang lalu tapi masih segar dalam ingatan.

Comments

Popular Posts