Takkan tengok jer...

Sunday, March 2, 2014

Bukit Saga dan Air Terjun Sg. Putih



Bukit Saga antara lokasi pendakian yang sangat popular di Kuala Lumpur . Lokasinya yang strategik tidak jauh dari kuala lumpur menjadikan tempat ini antara tempat riadah seisi keluarga yang sangat popular . Terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran ampang   tidak jauh dari jalan pandan utama . Tanda arah ke tempat ini ialah Taman Melur/Taman Saga .Kawasan ini di selia dan di jaga oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga .



Treknya sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak jinak dengan  aktiviti mendaki . Sangat sesuai juga pada pendaki  yang ini membuat latihan untuk  event yang lebih mencabar .  Terdapat tiga trek untuk  menawan puncak bukit saga iaitu trek A , Trek B  dan Trek C . Trek B di tutup buat masa ini atas sebab sebab yang tidak pasti . Trek A  lebih menegak tapi  lebih  pendek jaraknya manakala trek B pula juga menegak dan lebih jauh jaraknya . Trek ini terpisah apabila berjumpa satu tokong cina yang menjadi pemisah antara dua trek ini . simpang ke kiri untuk trek C manakala simpan kekanan untuk trek A .

Taman Permainan Taman Saga Ampang 


Kali ini saya  mengikuti event yang di anjurkan oleh En. Faizal Samad FBK .tempat berkumpul di tempat paking taman permainan di depan balairaya Taman Saga . Sekitar Jam 9 pagi pendakian pun  bermula . Trek bermula di tangga belakang papan tanda jalan 28 Taman Saga Ampang.Selepas itu akan berjumpa satu gerai yang menjual air , buah buahan dan tongkat pendaki . Di sini juga pendaki perlu membayar yuran sebanyak rm 5.00 seorang untuk meneruskan pendakian . Wang itu akan di gunakan untuk penyelengaraan baik pulih , kemudahan dan kebersihan bukit saga. Kali ini trek yang di pilih ialah naik mengunakan trek C sampai kepuncak dan seterusnya ke air terjun sungai putih . Manakala trek balik pula adalah mengunakan trek A .

Pemulaan Pendakian 


Hidangan pertama ialah trek mencanak terus sampai kepuncak . Tiada istilah bonus atau tanah landai untuk mengambil nafas. Setelah sampai ke tokong cina perlu membelok ke kanan untuk trek C sehingga sampai kepuncak . Tempoh masanya sekitar 45 minit hingga ke 1 jam mengikut stamina masing-masing . Di puncak ada Beirut sebagai penanda bahawa pendaki sudah sampai ke puncak .

Puncak Bukit Saga




Setelah berehat dalam 20 minit , pendakian di teruskan untuk ke air terjun sungai putih . Sampai ke satu simpang perlu belok ke kanan untuk ke air terjun . Simpang ke kiri ialah trek balik trek A . Ke air terjun Sungai Putih perjalanan mengambil masa dalam 45 minit juga mengikut stamina masing masing . Trek kali ini adalah mendaki dan turun . Air terjun Sungai putih tidaklah terlalu besar atau tinggi air terjunnya tetapi airnya cukup menyegarkan dan mendamaikan .





air terjun sungai putih 

air terjun sungai putih 

air terjun sungai putih 


Perjalanan pulang pula perlu menempuh sekali lagi jalan sama ke air terjun sehingga sampai ke simpang trek A . Setelah sampai ke simpang trek A treknya adalah curan dan berbatu .Sekitar dalam 10 minit  menurun kita akan berjumpa satu lagi simpang. Kali ini perlu  membelok kekanan dan  berjumpa satu tempat / markas Persatuan Pendaki Bukit Saga. Di sini terdapat kemudahan air minum , tempat rehat , hammock  dan juga beberapa alat asas untuk senaman .Kemudahan ini di sediakan oleh pihak persatuan untuk kemudahan pendaki .



Setelah berehat sebentar, perjalanan di teruskan . Kali ini langkah perlu lebih berhati-hati kerana treknya curan  dan berbatu . Dalam 15-20 minit akan berjumpa semula tokong cina tempat pemisah antara trek C dan trek A. Dalam 15 minit kita akan berjumpa kembali gerai yang  sama  semasa mula mula mendaki.Itu adalah penanda bahawa kita telah berjaya mneyudahkan pendakian menawan puncak bukit saga dan Air Terjun Sg. Putih.Moga lain kali berjumpa lagi .



Friday, February 21, 2014

Rembulan mengambang di CBL

Rembulan mengambang di CBL 
    
          CBL untuk kali-III . Datang, jelajah , tawan baru tahu mengapa CBL tidak pernah jemu menjadi pilihan hati . Kali ini kami mengikut trip anjuran Abot Outdoor Adventures & travel  yang berpusat di Bangi dan NH outdoor berpusat di Terengganu . Tiga orang wakil  dari KOHM mengikut trip kali ini iaitu saya , Dedey dan Suhaimi .Bagi sesiapa yang berminat untuk menawan puncak berembun perlu mendapat kelulusan  dari pihak pengurusan hutan lipur chemerung dan membawa pemandu arah yang bertauliah .


Selamat datang ke Hutan Lipur Chemerung 

          Lokasi CBL terletak di Hutan Lipur Chemerung di Bandar Al-muktafi Billah Shah Dungun Terengganu . Susur  ke Pasir Raja melalui Jalan Jabur Bukit Besi . Sekiranya Melalui Lebuhraya pantai timur terus sampai ke tol terakhir iaitu tol  Jabur . Hati hati selepas susur keluar  tol Jabur kerana terdapat  dua simpang . Satu menghala ke Bandar Al-muktafi Billah Shah /Jabur-Bukit Besi atau Lebuhraya Pantai Timur kedua yang menghubungkan Jabur dengan Kuala Terengganu . Satu lagi lebih di kenali dengan jalan pantai. Jalan ini susur keluar  ke Cherating ,Kemaman dan Kuala Terengganu.

          Sekiranya Ingin ke Hutan Lipur Chemerung ikutlah tanda arah ke Jabur menuju ke AlMuktafi Billah Shah . Sebelum sampai di Pintu gerbang atau  Bandar Almuktafi Billah Shah terdapat satu simpang sebelah kiri ke Hutan Lipur Chemerung . Kena peka pada simpang sebelah kiri kerana tanda arahnya tidak banyak . Anda juga di nasihati mengisi minyak di  R n R Temerloh atau R n R Kuantan kerana selepas Tol Jabur hingga ke Hutan Lipur Chemerung tiada stesen minyak kecuali petronas di Bandar Almuktafi Billah Shah .yang beroperasi 24 jam .


wakil  KOHM 

Gunung berembun memiliki ketinggian 2077 meter atau sekitar 6817 kaki dari paras laut.
Ciri-ciri hutanya terdiri dari 4 lapisan iaitu :-

i.Hutan dipterokarp bukit  ( 300-750 meter ) dari paras laut
ii.Hutan dipterokarp atas  (750-1200 meter ) dari paras laut
iii.Hutan Montane  (1200-1500 meter ) dari paras laut
iv.Hutan Ericaceous  (Hutan Gunung -1500 meter ) dari paras laut .


Tarikan Utama :-

            1.Air Terjun Chemerung - ( air terjun tertinggi Asia Tenggara)
2.Kem Balak ( Tapak Khemah ) –Air sungai paras dada dan ikan tengas
            3.Kem Y  ( Tapak Khemah ) – Air sungai paras betis dan ikan tengas
            4.Taman Bonsai  – Pemandangan yang menakjubkan
            5.Puncak Gunung Berembun
            6.Lata Lesung –Air terjun ,kolam ,pemandangan
            7.Lata Lasir  – Pemandangan yang menakjubkan ,kolam air terjun
            8.Gunung Chemerung  – Tidak bertanda
            9.Lata Bangan – Terjun Tiruk ,sungai
10.Pokok Pokok Herba / Orkid / Pokok berlubang / Pokok Seraya Besar /dan pelbagai tumbuhan hutan khazanah alam  .

Pergerakan :-
Hari Pertama Khamis  (14 FEB 2014 )

2200 hrs - Bergerak dari Tol Gombak  secara konvoi

Hari Kedua  Jumaat  (15 FEB  2014)

0001 hrs - Hentian pertama R n R Temerloh
0200 hrs - Hentian Kedua    Selepas tol Jabur

0600 hrs - Sampai di Hutan Lipur Chemerung (masalah kehabisan minyak    kereta salah seorang peserta menyebabkan lewat sampai ke destinasi.

1000 hrs - Bergerak ke Air Terjun Chemerung

  • Perjalanan ke air terjun chemerung mengambil masa dalam satu jam.Bermula dengan trek bersimen dan pelahan-lahan melalui trek hutan menyusuri jeram sungai yang indah.Oleh kerana jambatan gantung telah rosak ,kami terpaksa membuat sedikit lencongan yang menurun dan menaik . Sehingga sampai ke satu pokok dan batuan besar di tepi anak sungai yang merupakan simpang jalan menuju ke kem balak. Beg di tingalkan sementara di sana dan peserta menuju ke air terjun chemerung.
Jambatan yang rosak

1100 hrs - Sampai ke Air Terjun Chemerung (bergambar )

air terjun Chemerung (air terjun tertinggi di Asia Tenggara)

Air terjun chemerung, khazanah alam yg tidak ternilai

tali menangis 


1130hrs - bertolak 
  • Selepas melintasi sungai menuju ke kem balak , cabaran getir baru bermla. Trek mencanak sehingga ada yang mencecah 70 darjah. Di kenali dengan trek tali menangis kerana terdapat tali di kawasan ini yang di jadikan tempat berpaut . Mengambil masa dalam anggaran 2 jam berdasarkan stamina sehingga bertemu jalan menurun dan landai . Sebelum sampai ke kem balak kita akan melintasi satu anak sungai yang kedalamannya berdasarkan musim . Pernah anak sungai itu mencecah sampai ke dada lelaki dewasa dan terpaksa mengunakan tali sebagai tempat berpaut untuk melintasinya.Tetapi kali ini anak sungai itu hanya mencecah ke pinggang lelaki dewasa  sahaja .

1300hrs - sampai ke Kem Balak  (rehat ,makan tengahari ,mandi manda/mengail ikan tengas untuk makan makan di kem Y )
  • Tempat rehat yang terbaik sebelum meneruskan perjalan ke kem Y. Kem yang luas dan sungai yang agak dalam pada sesetengah  tempat . Dinamakan kem balak kerana terdapat satu balak yang melentang di tengah tengah sungai sejak mula-mula kem ini di buka lagi .

kem balak 

kem balak 

1400 hrs - Bertolak

1500 hrs - Sampai ke Kem Y (bermalam  , mengail ikan tengas )
pemburu ikan tengas 
  • Trek dari kem balak ke kem Y adalah sedikit menaik dan landai serta menyusuri anak sungai.Di kiri kanannya banyak pokok periuk kera  dan tumbuhan berduri . Mengikut guide kami sebelum di namakan kem Y , beberapa nama telah di berikan  tetapi nama kem Y yang kekal . Namanya mungkin di beri kerana kedudukan tapak kemnya seperti Y . Di sini sungainya lebih cetek berbanding kem balak  tetapi lebih jernih dan mendamaikan . Kita jugak boleh mengail ikan tengas di sini untuk makan malam . Rasanya yang manis dan enak memang menjadi pembuka selera kepada pengemar ikan sungai.
ikan tengas 

Hari Ketiga sabtu 16 FEB 2014)

1000 hrs - Bertolak
1200 hrs - sampai ke  taman bonsai (ambil gambar )
  • Trek ke taman bongsai sedikit menegak dalam 60 darjah .
taman bonsai 

1300 hrs- Sampai ke Puncak Berembun (rehat/bergambar kenangan )

  • Puncak berembun tiada pemandangan kerana di tutupi dengan pokok pokok besar. Ia juga tiada beirut cuma di tanda papan tanda yang menunjukkan puncak berembun dan ketinggiannya.
puncak berembun 

1400 hrs - bertolak ke Jeram Lesung dan Lata Lansir

  • Setelah puas mendaki kali ini treknya sangat curan dan menurun. Perlu berhati hati kerana kalau tersilap langkah boleh membawa kecelakaan. Setelah trek menurun kita akan menyusuri jalan tepian sungai dan melintasi satu anak sungai sebelum sampai ke lata lesung .Pemandangan dalam perjalan ini sangat menakjubkan . Setelah berjumpa Jeram lesung dalam 5 minit perjalan kita akan berjumpa dengan lata lansir.
Laluan ke Lata Lansir 
jeram lesung
jeram lesung
jeram lesung

1500 hrs-sampai ke puncak Jeram lesung dan lata lansir (Berkhemah /menikmati remang senja  / bernasib baik menikmati matahari terbit )

  • Di sini boleh dikatakan antara gunung tercantik dan terindah di Malaysia . Pendapat masing-masing tetapi yang pasti anda akan jatuh cinta dengan keindahanya cipataan Allah ini.Ciri ciri lata lesung ialah air terjun , kolam yang dalam dan sesuai untuk mereka yang suka berenang . Nama nya jeram lesung kerana disini terdapat dua lesung @lubang yang terjadi yang dipenuhi air terjun . Satu lubang agak dalam dan badan kita akan melantun kembali apabila cuba mencecah dasarnya . Satu lagi tidaklah terlalu dalam seakan ‘bathtub’ semujadi yang menakjubkan .
    salah satu lesung di jeram lesung
  • Manakala Lata lansir pula adalah bagaikan satu keindahan lukisan yang di jelmakan di alam realiti. Indahnya tersusun semulajadi dengan gabungan pepohon,air yang mengalir dan pemandangan 90 darjah yang mengujakan merupakan syurga bagi peminat photografi landskap.Mengikut pemandu arah kami nama lansir adalah berasal dari langsuir atau puteri yang selalu bertandang /singgah di kolam di belakang lata lansir . Di belakang lata lansir terdapat satu kolam yang tidak di galakkan untuk di terokai .Di sebelah lata lansir juga terdapat satu puncak yang sebenarnya itulah puncak lansir tetapi jugak tidak di galakkan untuk di terokai kerana tidak ada apa apa yang menarik .
lata lansir
Lata lansir


Hari Keempat Ahad (16 FEB 2014 )

1100 hrs - Bertolak pulang

  • Sebelum bertolak turun kami di nasihati dengan beberapa perkara oleh pemandu arah agar berhati hati semasa pendakian turun .Antaranya ialah sebelum sampai ke puncak chemerung berhati-hati apabila menyentuh pokok kerana di khuatiri menjadi tempat tinggal penyengat . Kami juga di nasihati berhati hati dengan ular yang agak berbisa di kawasan lata bangan .Kami juga di nasihati supaya jangan terperanjat sekiranya  terserempat dengan seekor ular sawa besar tetapi pendek kerana ular itu lebih di kenali dengan ular OKU .

1200 hrs - Gunung Chemerung .

  • Gunung Chemerung tiada tanda tapi apabila jalan menurun yang pertama itu tanda kita berada di puncak gunung chemerung.

1300 hrs -Sungai Bangan (berehat /terjun tiruk )

  • Merupakan syurga bagi mereka yang berani . Boleh terjun tiruk kerana jeramnya yang dalam dan jernih .
sungai bangan 

1400 hrs -Kem Balak (berehat/makan Maggie )
1430 hrs -bertolak dari kem balak
1630 hrs - Sampai di Hutan Lipur Chemerung
  • Tandanya ialah kita akan berjumpa satu jambatan besi berlantai kayu yang merupakan pintu masuk ke Hutan Lipur Chemerung.
jambatan besi berlantai papan

Kemudahan Yang di sediakan di Hutan Lipur chemerung ialah :-

1.Surau
2.Tandas / tempat mandi
3.Tapak perkhemahan
4.Tempat meletak kenderaan yang selamat
5.Kedai makan / sarapan pagi tak ada




kenangan terindah di CBL 

Hasil Nukilan Gibran Khalil Kohm 00099

             
           








Sunday, February 13, 2011

Jalinan Ukkuwah di Batuan Bukit Tabuh 13 FEB 2011


Titik Permulaan Pendakian

Gambar Ehsan epul






Puncak Terakhir @ Puncak Bukit Tabuh



Gambar Ehsan Epul

Gambar Ehsan Epul

Gambar Ehsan Epul


Gambar Ehsan Epul

Gambar Ehsan Epul












Lokasi : Bukit Tabuh , Taman Melawati Kuala Lumpur
Tarikh : 13 FEB 2011
Jumlah: 25 Orang
Komen : Agak mencabar dan beberapa tempat agak perlu berhati-hati.
Ketinggian : 282 meter dari paras laut

Seawal pagi jam 6 pagi kami sudah berkumpul di petronas wangsa melawati.Setelah selesai sembahyang subuh di surau petronas Taman Wangsa Melawati kami bergerak ke kaki bukit Tabuh atau di Pintu Masuk Empangan Klang Gate, Puncak Niaga.Jam 0715 pagi kami bergerak menuju ke puncak pertama.Kami bernasib baik kerana sempat menyaksikan matahari terbit walaupun agak lambat kami mendaki.Mentari merah pelahan-lahan muncul dari puncak bukit yang diseliputi kabus menambah keindahan pagi yang damai itu.

Setelah meyaksikan mentari pagi kami memulakan langkah untuk ke puncak seterusnya.Kali ini perjalanan ternyata menguji kepekaan dan tumpuan kerana terpaksa mendaki batuan tajam dan ada kalanya licin.Seluruh tenaga terpaksa di kerah untuk sampai kepuncak.Cuaca yang mula panas juga punca kami mula hilang tenaga.Ketidak selesaan ini menguji minda dan kesabaran untuk terus menawan puncak Tabuh yang menyimpan pelbagai kejadian dan sejarah.

Akhirnya setelah mendaki, memanjat dan melalui lereng curan, kami sampai kepuncak.Setelah makan dan minum kami bergegas turun melalui kebun buah-buahan sebelum sampai ke tempat parking sekitar jam 1115 tengahari.

Alhamdullilah semuanya selamat dan berjaya menawan puncak Tabuh yang penuh cerita itu.Yang pasti kali ini jalinan ukkuwah sesama peserta semakin erat dan mendalam...

p/s : gambar akan di update kemudian