Takkan tengok jer...

Monday, November 22, 2010

Siaran tertunda : Hari raya haji Di Terengganu

Lokasi : Kg . Atas Tol Kuala Terengganu
Date: 17 Nov 2010
Benar kata pepatah , Seorang ibu mampu membesarkan 7 orang anak.Tetapi seorang anak belum pasti mampu menjaga seorang ibu.Maksud di sini bukan sahaja dari segi kebendaan.Tetapi juga dari segi perasaan , kasih sayang , masa dan pengorbanan.Semakin seseorang itu meningkat usianya , semakin bertambah cabarannya.Bukan seorang anak itu tidak menyayangi ibunya tetapi ada kala terkhilaf dek perasaan kurang sabar dan ketidak telitian.Dia pelahan-lahan akan berubah selaras perubahan horman dalam badannya.Perubahan ini menuntut kesabaran yang sangat tinggi buat anak.Terlepas perbuatan dan kata-kata besar dosanya.Itulah kadang-kala kita terkhilaf kerana hilang sabar padahal dahulu dia begitu sabar dan tekun menjaga dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang dan ketelitian.Seorang ibu itu tidak sempurna tapi sebagai seorang anak yang juga tidak sempurna cubalah mencari titik kesempurnaan supaya dua-dua mampu saling bertautan dan tidak terluka...

Siaran Tertunda- Pinggiran Sungai Chiling Kota Kubu Bahru

Tarikh : 30 oct 2010
Lokasi : Sungai Chilling Kota Kubu Bahru

Keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk masuk kedalam.Sedikit kecewa tetapi sudah tersurat begitu.jadi perancangan terpaksa di tukar.Mandi manda di teruskan di pinggiran sungai Chilling Kota Kubu bahru selangor.