Takkan tengok jer...

Sunday, February 13, 2011

Jalinan Ukkuwah di Batuan Bukit Tabuh 13 FEB 2011


Titik Permulaan Pendakian

Gambar Ehsan epul






Puncak Terakhir @ Puncak Bukit Tabuh



Gambar Ehsan Epul

Gambar Ehsan Epul

Gambar Ehsan Epul


Gambar Ehsan Epul

Gambar Ehsan Epul












Lokasi : Bukit Tabuh , Taman Melawati Kuala Lumpur
Tarikh : 13 FEB 2011
Jumlah: 25 Orang
Komen : Agak mencabar dan beberapa tempat agak perlu berhati-hati.
Ketinggian : 282 meter dari paras laut

Seawal pagi jam 6 pagi kami sudah berkumpul di petronas wangsa melawati.Setelah selesai sembahyang subuh di surau petronas Taman Wangsa Melawati kami bergerak ke kaki bukit Tabuh atau di Pintu Masuk Empangan Klang Gate, Puncak Niaga.Jam 0715 pagi kami bergerak menuju ke puncak pertama.Kami bernasib baik kerana sempat menyaksikan matahari terbit walaupun agak lambat kami mendaki.Mentari merah pelahan-lahan muncul dari puncak bukit yang diseliputi kabus menambah keindahan pagi yang damai itu.

Setelah meyaksikan mentari pagi kami memulakan langkah untuk ke puncak seterusnya.Kali ini perjalanan ternyata menguji kepekaan dan tumpuan kerana terpaksa mendaki batuan tajam dan ada kalanya licin.Seluruh tenaga terpaksa di kerah untuk sampai kepuncak.Cuaca yang mula panas juga punca kami mula hilang tenaga.Ketidak selesaan ini menguji minda dan kesabaran untuk terus menawan puncak Tabuh yang menyimpan pelbagai kejadian dan sejarah.

Akhirnya setelah mendaki, memanjat dan melalui lereng curan, kami sampai kepuncak.Setelah makan dan minum kami bergegas turun melalui kebun buah-buahan sebelum sampai ke tempat parking sekitar jam 1115 tengahari.

Alhamdullilah semuanya selamat dan berjaya menawan puncak Tabuh yang penuh cerita itu.Yang pasti kali ini jalinan ukkuwah sesama peserta semakin erat dan mendalam...

p/s : gambar akan di update kemudian

Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Sapa tak kenal mamat atas ni.Popular sekarang ni dan tak kedekut ilmu.Banyak membantu blogger-blogger baru dalam mempertingkatkan traffik.Secara tidak langsung membantu mempertingkatkan populariti blog masing-masing dan juga mengeratkan persahabatan sesama blogger.sekarang dia muncul dengan idea baru iaitu gegar 1,000 oleh ben ashaari. Moga berjaya ben dan membantu rakan blogger yang lain.
"SAYA SOKONG DUNIA BLOG DAN SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA ??"