Takkan tengok jer...

Monday, February 15, 2010

Selamat Pengantin Baru Aween dan Asrul






Selamat pengantin baru pada dua pasangan serasi asrul dan awen pada 6 hb feb 2010.
Moga kekal selamanya , di murahkan rezeki dan rumah tangga di berkati.
Berseri-seri wajah kedua mempelai tanda kepuasan apabila sekian lama menyemai cinta akhirnya berakhir dengan membina sebuah mahligai bahagia.




Tuesday, February 9, 2010

Tanda


Mungkin ada yang ralat kerana persembahan teater ini di batalkan persembahan nya.
Tapi bagi aku , yehaaaaaaa kerana tarikh yang baru iaitu 25-28 feb 2010 tidak bercanggah dengan apa-apa yang menungkinkan aku tidak dapat hadir. Isyallah dengan izinnya aku akan pergi 25 hb nanti.





Beto Khusairy..........>
(foto dari rat)

















Faktor-faktor mendorong keinginan untuk menonton.




1.Produksi ini di halang untuk di pentaskan di aswara.

Hikmahnya , Sudah pasti isu ini salah satu faktor pendorong yang kuat untuk menarik penonton ke pementasan ini . Naluri manusia yang ingin tahu ('busy body') sudah pasti akan tertarik untuk mencari punca sebuah teater tentang alam di halang untuk di pentaskan .

Lumrah alam , yang di halang itulah akan di cari orang . Tapi walaupun tidak mengenali mereka dan belum pernah menyaksikan persembahan meraka , selaku peminat teater hati ini turut tersentuh akan tragedi ini . Moga mereka terus bersemangat dan gigih dalam meneruskan perjuangan mereka.Bagi peminat teater seperti aku hanya mampu menyokongnya dengan pergi menonton .Kerana tiada penonton tiadalah teater.





2.Hendak menonton Beto khusairy yang memberikan lakonan mantap sebagai rosli dhobi.lakonanya pun mirip lakonan namron.





3.Salah seorang peminat hasil kerja namron





4.Ingin melihat idealis generasi teater muda yang segar , baru dan sudut pandangan mereka tentang dunia...

lafaz cinta


Lafaz Cinta....

"aku ingin mencintaimu dengan sederhana...

seperti kata yang tak sempat di ucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu...

aku ingin mencintaimu sedahana ...

seperti isyarat yang tak sempat di kirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..."


sekadar gambar hiasan....................>
petikan kata-kata khalil gibran

Thursday, February 4, 2010

Tajuk : Selembut wajah Angun


Lakonan :Rano karno , Paramitha Rusady , Ayu Azhari

Dialag puitis antara kakek (atuk anggun ) dan nenek anggun

zamannya sudah begitu...
kita tidak boleh melawan arus...
itu namanya mengekang...
ini tidak boleh , itu tidak boleh...
bukankah itu mengekang namanya...

Kalau terus- terusan melarang...
kita akan tertinggal oleh zaman...


Ingat...
anak cucu kita ...
satu kali bukan lagi milik kita ...
dia akan menjadi miliknya sendiri...
milik zamannya...
dia yang akan menentukan dan memilih dunianya...
memilih perannya...

biarkanlah dia memainkan perannya...
di pelantaran panggung yang gemerlap di siram cahaya...
atau muram bermandikan rias..
sedangkan kita akan menjadi penonton yang baik ...
yang duduk di pinggir panggung....
yang akan menyaksikan alur cerita hingga titik yang tertentu...
Titik dimana layar tertutup...
atau padam kerana dimensi ruang dan waktu...
yang mendesak kita keluar dari situ...

ini bukan khalil gibran...
ini adalah falsafah dari aku...
siti rohaya, nenek-nenek peot...
isterimu yang mungkin sudah kau tidak anggap lagi...
tapi pernah membuatmu memendam rindu...
sesudah pertama kali kau menciumku ...
ditepi ranjang di balik pintu...