Takkan tengok jer...

Saturday, June 6, 2009

karya Habiburrahman El-Shirazy,













Deman karya Kang Abik masih belum kebah.Pertama kali membaca ayat-ayat cinta terus terpesona dengan watak Fahri,Maria dan Aisha.Malahan novelnya jauh lebih baik dan bagus dari filem.Selepas tu dalam mihrah cinta (3 buah cerita dalam satu buku) boleh di sifatkan menarik walaupun tidak menyamai tahap ayat-ayat cinta.Seterusnya Ketika cinta bertasbih.Walaupun Ketika cinta bertasbih 1 agak mengecewakan kerana wataknya yang terlalu ramai dan tiada fokus yang khusus.Tetapi ketika cinta bertasbih 2 segala kekecewaan itu dapat di tebus.Kepuasan dapat di rasai sesudah menamatkan ketika cinta bertasbih 2.Watak Azam,anna dan husna begitu menambat hati.

Thursday, June 4, 2009

Bukit Gasing : Latihan sebelum ke Gunung Nuang

















Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya.Lokasi yang sangat sesuai untuk riadah.Hari ahad terutamanya, ramai individu yang berada di sekitar Kuala Lumpur mengambil kesempatan hujung minggu untuk beriadah di sini.Bagi mereka yang ingin berlatih untuk mendapat stamina sebelum mendaki gunung, bukit gasing sangat sesuai dan pilihan yang tepat.Laluanya tidaklah terlalu mencabar, tapi jangan memandang mudah kerana yang mudah tidak semestinya senang.Laluan bukit gasing juga sesekali menegak,landai dan menurun.Jadi sekiranya sudah memulakan langkah tidak boleh berpatah balik lagi kerana sama sahaja bentuk laluannya sama ada anda teruskan perjalanan ataupun berpatah balik.Berpatah balik tetap kena mendaki bukit,teruskan juga tetap kena mendaki bukit.Itulah uniknya bukit gasing.Apapun teruskan sokongan untuk menyelamatkan satu-satunya permata yang masing tinggal dari terus di telan arus kemodenan.Ramai pihak yang masih cuba untuk mencurinya kerana nilai komersil tanahnya yang tinggi.

'note: picture by crew cut'

Frim: Latihan sebelum ke Gunung Nuang

FRIM merupakan antara pusat penyelidikan perhutanan tropika yang unggul di dunia dan mempunyai pengalaman lebih 100 tahun dalam penyelidikan perhutanan serta keluaran hutan. Banyak ilmu dan maklumat telah dijana dalam bidang ini dan diterjemahkan dalam bentuk penerbitan.

'note: picture by crew cut'


















Keluargaku



Terdapat tiga generasi dalam gambar ini.Rasanya gambar ini sudah berusia 30 tahun.Cuma teka aku yang mana.Cari budak paling bongsu dan comel dalam gambar ini.

Ekspedisi Gunung Nuang 2007

'note : picture by crew cut'