Takkan tengok jer...

Monday, August 30, 2010

Balik Kampung
















hati mana tidak gembira berada di samping keluarga. Terubat segala luka...terubat segala lara...

Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa Sesama Ahli OHM @ JM Beriani House


foto ehsan garfu besi ohm

Lokasi : JM Bariani House bangi
Tarikh : 28 Aug 2010

Salam perkenalan buat semua. Cuba mengenal ruang dan situasi.Sedikit canggung pada persekitaran yang baru.Tapi atas satu minat biasanya ia akan lebur sedikit demi sedikit.Mencair seperti ais di akhir musim salju .Tibanya musim baru ini di harap mampu mengorak kelopak dedalu yang kian lama membatukan diri . Usah biarkan dirimu mengucup lagi kerana langkah pertama adalah satu langkah untuk kesuatu kejayaan.Tanpa langkah pertama tidak akan ada langkah kedua.....

Thursday, August 12, 2010

Teater 'Short Eyes' di PJ Live arts


Pengalaman menonton 'Tanda' menyebabkan hati berbelah bagi untuk menyaksikan hasil buah tangan rumah anak teater (RAT) kali kedua .Bukan Tanda tidak bagus , malahan sangat cemerlang terutama lakonan mantap pemerannya.Tapi teater eksperimental seperti tanda bukan untuk orang biasa seperti aku.Teater 'tanda' terlalu sulit untuk di rungkai dan di fahami oleh orang biasa yang tiada asas pendidikan teater .Orang seperti aku yang hanya bergantung pada rasa dan visual di depan mata terlalu sukar untuk mencanai atau mentafsir segala yang tersirat dan berbaur metafora. Walaupun ceritanya mudah tanda-tanda dunia hampir kiamat tetapi masih sulit untuk penonton amatur seperti aku mencanainya.

Namun, apabila menyebut RAT , tergambar sekumpulan pelakon yang hebat dan kental . Mereka telah membuktikan dalam Tanda bahawa mereka pelapis dan penyambung kehebatan teater tanah air.Tambahan lagi ‘sifu’ mereka , Namron turut beraksi dalan Short Eyes .Faktor ini cukup untuk menjadi pendorong untuk aku merasakan sekali lagi pengalaman itu.

07 Ogos jam 2030 , aku berpeluang menyaksikan persembahan teater ini.Satu persembahan yang panas dan 18 sx . Aku pasti untuk tayangan di TV short eyes tak akan lepas. Bukan itu sahaja , walaupun klasifikasinya 18 sx teater ini juga bukan untuk orang dewasa yang tertutup fikirannya.Kerana segala yang di gambarkan dalam teater ini adalah realiti . Cara cakap , gerak badan , situasi , tattoo di badan cuba di gambarkan sedekat mungkin dengan keadaan realitinya.Hasilnya satu persembahahan yang 18 SX (dan… dewasa yang berfikiran terbuka) .Persembahan di PJ live arts yang tidak terlalu besar adalah tepat kerana ia membantu menjadikan short eyes dekat dengan penonton.

Menonton short eyes bagaikan menjentik kembali kenangan di asrama semasa zaman persekolahan.Walaupun situasinya tidak sekejam dalam short eyes tapi peraturanya seakan sama.Kuasa , hieraki , kepintaran, peraturan umun , keupayaan untuk mengadaptasi situasi sekeliling membantu seseorang itu hidup selesa tanpa penindasan. Mereka yang di kotegori comel jugak tidak terlepas dari usikan mereka-mereka yang nakal.Walaupun ketika itu aku bersekolah di sekolah agama perkara-perkara ini tetap ada. Paling pantang kalau menjadi mata-mata warden.Kalau identiti terdedah buruk kesannya.

Apapun kali ini pilihan menonton short eyes memang tepat.Tahniah RAT kerana sekali lagi membawakan sesuatu yang bermutu dan berkuali.Moga mereka terus menghasilkan sesuatu yang mampu membuat kita berfikir dan melihat sudut realiti dari terus teruja dengan fantasi yang tidak membawa kemana-mana.


p/s : aku tidak mengulas teater secara teknikal kerana aku tidak layak dan tiada ilmu untuk mengulasnya.Biarlah mereka yang terpelajar tentang teater mengulasnya.Aku hanya mengulas apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar.