Takkan tengok jer...

Sunday, May 31, 2009

GSC midvalley 27 May 09


Niat di hati nak tengok Night of the Museum 2  , tapi penuh dan hanya kerusi depan tinggal.Ratatulie tak nak duduk kerusi depan.Masa tu tak ingat ada satu lagi cerita kartun menarik iaitu monster VS Alien. Cuma terlintas X-Men Origins Volverine.Jadi sebagai ganti pilihlah X-Men.Filem X-Men sebetulnya dari bahagian pertama hingga bahagian ketiga tidak pernah tertinggal.Setakat ini ketiga-tiga trilogy itu memenuhi selera dan mengujakan untuk di tonton 

Tetapi apabila menonton X-Men origins ni macam ada yang kurang.Mungkin sebab cerita ini lebih kepada drama yang ingin menceritakan bagaimana Volverine itu wujud.Bagaimana Terhasilnya mutan Volverine.Walau bagaimanapun masih lagi dalam cerita yang menghiburkan dan tidak mengantuk untuk di tonton.Mungkin juga aksi superheronya yang kurang berbanding X-men lain yang sarat dengan individu yang yang mempunyai pelbagai kuasa dan mengujakan untuk di tonton.Sebenarnya malas nak tonton filem bertemakan berat,sedih ataupun cerita yang memelukan kita berfikir sebab malas nak fikir banyak. Kalau boleh hanya mahu bergelak ketawa sahaja  dalam panggung.Apapun hari itu juga nampak Didi aF kat Midvaley.Ramai juga peminat yang mengerumuninya dan nak bergambar.Kita tengok dari jauh sudah lah, lainlah kalau  Siti.Saya orang pertama yang teruja . Walaupun dia dah kahwin tetap nak tengok dari dekat.

Tengok wayang hari tu jam 2330hrs habis dalam pukul satu lebih.Sampai rumah sekitar jam 2 dan natijahnya tak pergi kerja kerana terbabas bangun tidur.Bos jangan marah yer, lain kali tak buat lagi hehehe...

Saturday, May 30, 2009

Masih di Sabah

























07 Apr 2009 –



* Potret gambar di Jambatan Tamparuli dan Jambatan Tuaran (di pasar tuaran beli ikan pari bakar dan ikan talang bakar,Harga sekitar RM 5.00 .




08 Apr 2009



* Bersiar di kawasan nexus resort Karamunai (padang golf dan hotel di tepi laut Sabah yang sangat cantik.Ramai pelancong asing berehat di sini.Ombaknya pun kuat seperti di Terengganu.Sebelah petang melawat pekan Tuaran.



09 Apr 2009



* Melawat Papar/Kimanis/Membakut/Beuford (melihat peniaga membuat cincin emas atau tembaga secara tradisional).Balik melalui Kuala Penyu (mengunakan kapal tarik mengunakan rantai untuk keseberang di Kuala Penyu).



10 Apr 2009



* Merasi tradisi Sabah di Kota Belud/keunikan pasar tamu kota belud (beli mutiara)/penampang/K.K




11 Apr 2009



* Melawat pekan mengatal/kg.Likas (Jalan istiadat,kompleks Sukan Likas,Bukit Bendera)/Inanam (mandi di air terjun kiansom di kg.kobuni).air terjunya agak curan dan mengerunkan.Sangat semulajadi dan masih terpelihara.




12 Apr 2009



* Berjalan-jalan di Bandar K.K(Muzium negeri Sabah,Kg.warisan) dan kebetutulan ada keraian di kampong warisan yang menyediakan pelbagai rumah dan budaya etnik di sabah.Keraian ketika itu adalah meraikan pesta keaamatan di Sabah dan kedatangan seorang menteri di Sabah.Pelbagai atucara majlis perkahwinan mengikut etnik Sabah di perkenalkan dirumah etnik masing-masing dan suasananya cukup meriah.



* Tengaharinya menginap di Hotel Impiana Mutiara, bersebelahan pasar tempat menjual mutiara dan pelbagai barang hasil hutan, pakaian dan herba yang terkenal di Kampung air.Pasar ini di buka bermula jam 6 petang dan berakhir jam 10 malam.



13. Apr 2006




* Sebelum ke lapangan terbang pergi ke Pasar Filipina .Beli baju dan beberapa cenderamata.Dari hotel di Kampung air ke pasar Filipina dengan berjalan kaki hanya sekitar 15 minit sahaja



* Jam 1800hrs naik teksi ke lapangan terbang air asia.Tambang teksi Rm 20.00.Pemandunya sangat ramah dan bermurah hati membawa kami ke tempat kedai coklat yang di katanya murah dan bebas cukai.Tapi bagi kami harganya biasa sahaja, cuma kualiti coklatnya terbaik.Fligh jam 2115 hrs dan sampai ke KUL 2345hrs



Nota kaki tentang Sabah:



* Cuaca di K.K sangat panas,lebih panas dari K.L tapi seakan sama dengan cuaca di Terengganu.Mungkin faktor cuaca berhampiran dengan laut.



* Pasar Filipina sangat sesak dengan masyarakat Filipina.Dengar kata memang di monopoli oleh orang Filipina.Malahan ada satu pulau berhampiran dengan Bandar K.K memang di kuasai oleh orang Filipina.Pandangan laut di pasar ini sangat cantik untuk fotografi tetapi baunya seperti selayaknya kerana berhampiran dengan pasar.



* Makanan di K.K bagi pandangan saya sangat sedap dan tak jauh beza dengan semenanjung ataupun kebetulan tempat makan yang saya makan menghidangkan makanannya yang sangat sedap.Mungkin bahannya yang segar.Sup kosong dan air kosong adalah percuma di Sabah.Tidak perlu minta akan di hantar kepada kita sup kosong.Manakala air kosong di sediakan tempat untuk mengambilnya.Kecuali kedai mamaklah.Benda ni tak ada.



* Masyarakat di sana mesra dan ramah atau kebetulan berjumpa dengan mereka yang memang mesra dan ramah.Tapi seperti biasa air yang tenang jangan sentiasa tak ada buaya.Selalulah berhati-hati.



* Masuk ke sabah perlu mengisi borang dan tunjukkan kad pengenalan.Kalau hilang borang itu di kehendaki buat laporan polis.Manakala yang tinggal lebih lama dari sebulan kena buat passport khas untuk Sabah dan Sarawak.



* Sabah tiada tol dan highway.Jalannya juga sempit,sesak dan hanya dua hala.



* Basnya ada seperti van dan terbuka di belakang .Mungkin hanya terdapat di Sabah.Inilah uniknya Sabah.Moga ada ada kesempatan lagi untuk melawat bumi indah permai ini.

Thursday, May 28, 2009

07/04/09 -Kundasang,Ranau ,tamparuli,tuaran







































07 APR 2009

melalui:-
kundasang


  • pekan nabalu (barangan cenderamata)-tanah tinggi

  • pekan kundasang,kundasang war memorial dengan pemandangan gunung kinabalu yang menakjubkan

Ranau

  • kampung pekan luanti baru ranau tempat 'tagal' ikan di s.g morali.Tagal pemuafakatan dan penjagaan sungai supaya tidak tercemar dan di jadikan tempat pembiakan ikan kelah dan pelbagai species lagi.Di sini ikan yang besar-besar itu sangat jinak dan mengigit kaki dan badan kita untuk makan kulit mati yang ada pada badan kita.Pengalaman yang sangat hebat dan tidak akan di lupakan. 5 bintang(*****) untuk Kg Luanti Ranau).

K.K (Pasar Filipina)
















Lokasi pasar Filipina di K.K .Pandangan sangat cantik terutama untuk fotografi tapi baunya kurang menyenangkan.Bukan menjadi keganjilan kerana lokasinya di pasar.Pasar ini di monopoli oleh orang Filipina oleh itu di kenali dengan pasar Filipina.Di sini terdapat Pasar untuk menjual pelbagai barangan lautan seperti ikan,sayur,siput,batu karang dan pelbagai lagi khazanah laut yang segar.Harganya tersangat murah terutama sayuran yang kebanyakan didapati dari kundasang yang merupakan pusat penanaman sayur kerana kedudukannya yang tinggi seperti di cameron highland di Semenanjung.Di sini juga ada tempat makan ikan bakar,tempat menjual barang kraf dan mutiara (di Sabah memang terkenal dengan mutiara dan harganya sangat murah) dan juga tempat menjual ikan masin.Salam perkenalan di bumi sabah rasalah mee ken chong dan bakso.Di sini bakso memang sangat terkenal dan ada di mana-mana.Kami juga di bawa melihat suasana malam di bandar K.K

Cuti cuti Malaysia ke sabah 06/04/09-13/04/09
















Naik flight air asia Lcct di KUL - K.K (1110 hrs-1340hrs).Yang pakai topeng tu , kebetulan tengah deman selsema.Dia orang takut berjangkit.Di hangatkan lagi dengan  isu selsema babi @ khinzir (bahasa kasarnya) yang  tengah sensasi sekarang ni .Kalau  bahasa lembutnya selsema H1N1 , jadi  untuk tidak menghampakan pramugari airaisa yang cantik manis  pakailah juga.Ke K.K rombongan bercutinya seramai 4 orang.Mama, papa,ratatulie dan diri ini.Tiket sudah tempah 3 bulan yang lalu dapatlah murah sikit.satu kepala Rm 140.00  pergi balik.Belum termasuk harga berat beg.Masa pergi untuk 4 beg kena caj Rm20.00 masih lagi dalam harga berbaloi.Khidmat layanan pun semakin bertambah baik.Macamana agaknya Mas nak bersaing kalau macam ni.Memang Layanan Mas 5 bintang, tapi bagi kami yang tak memelukan layanan 5 bintang setakat layanan airasia yang 3 bintang setengah tu dah oky dah....puas hati pun.Nombor tempat duduk pun dah di sediakan tidak macam dulu yang boleh duduk mana-mana hingga menimbulkan sedikit keributan.Apapun Sabah kami datang...

Monday, May 25, 2009

Dua perbezaan yang ketara...


























Niat sudah lama untuk membuka blog sendiri selaku diari atau sejarah perjalan hidup buat tatapan diri sendiri dan khalayak yang mampu berkongsi idea dan pandangan tentang hidup dan minat.Akhirnya impian dan cita-cita itu tercapai sudah, moga nukilan pertama ini akan berterusan menjadi satu wadah untuk melukiskan apa jua situasi yang terjadi dalam menempuh kehidupan ini.Moga ini juga sebagai satu terapi minda bagi melepaskan apa yang tersimpan di kalbu dan biarkan ia bebas terbang bagaikan rajawali yang membelah angkasa.Atau seperti pheonik yang terus bangkit dari abu...

Gambar di atas adalah contoh perubahan yang tidak terancang.Sekejap kurus sekejap gemuk balik.Fenomena yoyo kata orang yang mendefinasikan diet yang menyebabkan sekejap badan kurus dan kemudian kembali kepada asal.Gambar pertama adalah sekitar tahun 2008.Tapi tahun 2009 selepas berehat dari kemalangan dan patah tangan kanan, badan kembali membulat dan terus membulat macam tak nak turun-turun.Sekarang rokok dah berhenti,selera makan makin bertambah....terpaksa kuatkan azam balik untuk mengembalikan kembali ke saiz asal.Ini bukan kerana untuk kelihatan kurus tetapi untuk kesihatan.

Sudah dua orang dalam keluarga yang terkena strok.Pertama kakak ke dua, dua kali terkena strok menyebabkan keadaan badan semakin teruk terus koma dan akhirnya meninggalkan alam fanaa ini.Kerinduan padanya masih mengigit hati kerana hanya padanya tempat bermanja dan terasa di manjakan selain mak.

Yang terbaru Mak, baru terkena strok menyebabkan sebelah badanya kaki dan tangan menjadi lemah.Kota doktar stroknya masih peringkat awal tidak terlalu menjejaskan otak seperti kakak.Tapi perlu sentiasa berwaspada dari segi makan minum.Tambahan pula kami memang keturunan mempunyai darah tinggi dan kencing manis.Mak juga mempunya kencing manis dan darah tinggi.Moga dia cepat sembuh.Kerana Ibu adalah pengikat adik beradik.Tanpa Ibu anak-anak susah untuk menjadi seperti kiambang yang bertaut kembali apabila biduk membelahnya.Tambahan lagi sekiranya tiada individu yang berkaliber dalam keluarga itu menjadi teras atau menjadi pemimpin untuk adik-adiknya...individu yang di percayai dan di sayangi...