Dua perbezaan yang ketara...


























Niat sudah lama untuk membuka blog sendiri selaku diari atau sejarah perjalan hidup buat tatapan diri sendiri dan khalayak yang mampu berkongsi idea dan pandangan tentang hidup dan minat.Akhirnya impian dan cita-cita itu tercapai sudah, moga nukilan pertama ini akan berterusan menjadi satu wadah untuk melukiskan apa jua situasi yang terjadi dalam menempuh kehidupan ini.Moga ini juga sebagai satu terapi minda bagi melepaskan apa yang tersimpan di kalbu dan biarkan ia bebas terbang bagaikan rajawali yang membelah angkasa.Atau seperti pheonik yang terus bangkit dari abu...

Gambar di atas adalah contoh perubahan yang tidak terancang.Sekejap kurus sekejap gemuk balik.Fenomena yoyo kata orang yang mendefinasikan diet yang menyebabkan sekejap badan kurus dan kemudian kembali kepada asal.Gambar pertama adalah sekitar tahun 2008.Tapi tahun 2009 selepas berehat dari kemalangan dan patah tangan kanan, badan kembali membulat dan terus membulat macam tak nak turun-turun.Sekarang rokok dah berhenti,selera makan makin bertambah....terpaksa kuatkan azam balik untuk mengembalikan kembali ke saiz asal.Ini bukan kerana untuk kelihatan kurus tetapi untuk kesihatan.

Sudah dua orang dalam keluarga yang terkena strok.Pertama kakak ke dua, dua kali terkena strok menyebabkan keadaan badan semakin teruk terus koma dan akhirnya meninggalkan alam fanaa ini.Kerinduan padanya masih mengigit hati kerana hanya padanya tempat bermanja dan terasa di manjakan selain mak.

Yang terbaru Mak, baru terkena strok menyebabkan sebelah badanya kaki dan tangan menjadi lemah.Kota doktar stroknya masih peringkat awal tidak terlalu menjejaskan otak seperti kakak.Tapi perlu sentiasa berwaspada dari segi makan minum.Tambahan pula kami memang keturunan mempunyai darah tinggi dan kencing manis.Mak juga mempunya kencing manis dan darah tinggi.Moga dia cepat sembuh.Kerana Ibu adalah pengikat adik beradik.Tanpa Ibu anak-anak susah untuk menjadi seperti kiambang yang bertaut kembali apabila biduk membelahnya.Tambahan lagi sekiranya tiada individu yang berkaliber dalam keluarga itu menjadi teras atau menjadi pemimpin untuk adik-adiknya...individu yang di percayai dan di sayangi...

Comments

Popular Posts