GSC midvalley 27 May 09


Tetapi apabila menonton X-Men origins ni macam ada yang kurang.Mungkin sebab cerita ini lebih kepada drama yang ingin menceritakan bagaimana Volverine itu wujud.Bagaimana Terhasilnya mutan Volverine.Walau bagaimanapun masih lagi dalam cerita yang menghiburkan dan tidak mengantuk untuk di tonton.Mungkin juga aksi superheronya yang kurang berbanding X-men lain yang sarat dengan individu yang yang mempunyai pelbagai kuasa dan mengujakan untuk di tonton.Sebenarnya malas nak tonton filem bertemakan berat,sedih ataupun cerita yang memelukan kita berfikir sebab malas nak fikir banyak. Kalau boleh hanya mahu bergelak ketawa sahaja dalam panggung.Apapun hari itu juga nampak Didi aF kat Midvaley.Ramai juga peminat yang mengerumuninya dan nak bergambar.Kita tengok dari jauh sudah lah, lainlah kalau Siti.Saya orang pertama yang teruja . Walaupun dia dah kahwin tetap nak tengok dari dekat.
Tengok wayang hari tu jam 2330hrs habis dalam pukul satu lebih.Sampai rumah sekitar jam 2 dan natijahnya tak pergi kerja kerana terbabas bangun tidur.Bos jangan marah yer, lain kali tak buat lagi hehehe...
Comments
Post a Comment