Takkan tengok jer...

Tuesday, October 19, 2010

Filem 'emak ingin naik haji'


Sejujurnya filem ini membuatkan aku menitiskan air mata.Sesiapa mempunyai ibu pasti akan menitiskan air mata melihat filem ini.Mengangkat tema mudah menjadi satu filem berjiwa besar.Lakonan emak (atik kanser) begitu dekat dengan penonton.Tidak terlalu mencuba atau terlalu 'over acting' .Beliau mempersembahkan satu mutu lakonan yang menusuk dan menyentuh tangkai hati.
Manakala zain (Reza Rahadian) sekali lagi mencuri tumpuan.Kalau dalam 'perempuan berkarlon serban' kita akan menyampah dan benci pada watak gila seks yang di perannya . Tapi kali ini kita akan menyayanginya selaku pemeran watak 'zain' seorang anak yang taat dalam cubaan merealisasikan hasrat emak untuk ketanah suci.Paling istimewa filem ini adalah bagaimana tema yang mudah itu mampu di olah dan di persembahkan menjadi sebuah filem yang ada jiwa dan rasa.

Wednesday, October 13, 2010

Teater Sireh Bertepuk Pinang Menari

Datuk Nordin Hassan

“Jika mustahil pada tersurat , carilah pula apa yang tersirat” kata-kata hikmah setiap karyanya yang menjentik rasa ingin tahu dalam penafsiran yang berlapis dan mendalam.Tertarik pada karyanya setelah buat pertama kali di perkenalkan melalui teater Intan yang tercanai di DBP pada tahun lepas.Tampak mudah tetapi mempunyai penafsiran yang berbeza dan mendalam .Itulah dia hasil karya sasterawan negara Datuk Nordin Hassan.

Kali ini berpeluang menonton persembahan mahasiswa semester akhir program diploma pengurusan seni dan seni lakon Universiti Teknologi Mara (UITM) di DBP pada 03 OCT 2010.Mengambil salah satu karya Datuk Nordin Hassan 'sireh bertepuk pinang menari' di bawah arahan Norzizi Zulkifli.Program ini adalah projek tahun akhir sebelum menamatkan pengajian.Ia di pentaskan selama empat hari bermula 30 SEP hingga 03 OCT .Ia juga sempena bulan bahasa dan kebangsaan.Seramai 42 mahasiswa terbabit mencakupi dua kumpulan pecahan iaitu pelakon dan pengurusan majlis.
Tema pelajar yang masih belajar ternyata membantu menyelamatkan pelajar-pelajar ini daripada terus tengelam dalam kehebatan karya ini.Persembahan amatur jelas pada mutu lakonan mereka.Tetapi tema selaku pelajar dan pelakon dalam teater ini seakan mengizinkan penonton dewasa memaafkan kekurangan itu.Lontaran vokal , mengenal ruang dan dan rasa masih kurang dan perlu banyak di perbaiki.Tetapi tidak dapat di nafikan mereka adalah pelapis dan mempunyai bakat untuk terus menceriakan industri teater tanah air.Ada beberapa pelakon yang begitu menonjol dan membantu memberi rasa pada teater ini. Paling menonjol adalah apabila pelakon ini menjadi diri mereka sendiri.Menjadi pelajar yang di tugaskan untuk melakonkan watak teater Sireh bertepuk pinang menari.Konsep ini ternyata dapat menyelamatkan kelemahan yang ada pada mereka.Moga bakat yang ada terus di asah untuk menjadi palapis pada industri teater tanah air .









Monday, October 11, 2010

Aktiviti jejak trek Tok Wan (09 OCT 2010)

secangkir kisah dari kaki gunung
(foto ehsan faizal fadzil)
dekat buai (bukit broga)
puncak gunung tokwan
(foto ehsan faizal fadzil)


puncak gunung tokwan
(foto ehsan faizal fadzil)



puncak gunung tokwan


pokok menyerupai gajah (perjalanan ke puncak gunung tokwan)
(foto ehsan faizal fadzil)

foto ehsan faizal fadzil

buai Dr.syeikh Muzaffar
(foto ehsan faizal fadzil)

puncak bukit broga dan jalan menuju ke puncak gunung tok wan
(foto ehsan faizal fadzil)



bukit broga yang mendamaikan
(foto ehsan faizal fadzil)



puncak bukit broga (puncak keempat dan terakhir)


puncak bukit broga


puncak bukit broga
(foto ehsan faizal fadzil)


puncak bukit broga
(foto ehsan faizal fadzil)

bukit broga
(foto ehsan faizal fadzil)

bukit broga
(foto ehsan faizal fadzil)

bukit broga
(foto ehsan faizal fadzil)

permulaan pendakian dari ladang kelapa sawitdi kaki bukit broga
(foto ehsan faizal fadzil)

ladang kelapa sawit tempat parking kereta di kaki bukit broga


Lokasi : Bukit brogal dan Gunung Tok Wan (sempadan semenyih dan pekan broga)
Tarikh : 09 OCT 2010

Jumlah peserta: 19 orang

Walaupun dasarnya broga hanyalah sebuah bukit , dan gunung tokwan tidak di klasifikasikan sebagai gunung kerana tidak mencapai ketinggian melebihi 1ooo kaki dari paras laut jangan sesekali memandang rendah padanya.Setiap gunung dan bukit ada ciri-ciri unik yang mencabar dan menguji keupayaan setiap pendaki.Setiap pendaki harus menghormati semangatnya dan jangan memandang mudah pada sesuatu yang di jangka mudah kerana yang di pandang mudah itu tidak semestinya senang di takluk.
Ciri bukit broga yang di tumbuhi lalang menyebabkan ia terdedah pada sinaran cahaya matahari.Kesannya pendaki yang mendaki pada awal pagi dan tengahari akan terdedah dengan sinaran cahaya matahari yang terik yang menyebabkan pendaki kehilangan air dalam badan dan cepat merasa letih.Ia berbeza dengan mendaki di dalam hutan yang redup dan lembab.Pendaki yang hebat juga boleh tewas dengan kepanasan yang melampau hingga terasa matahari seperti tegak di atas kepala.Tambahan pula treknya nya menegak,sempit dan curan.
Apabila melepas puncak tertinggi bukit broga , akan ada satu jalan menuju ke puncak gunung tokwan.Bermula di sini , pendaki akan merentasi hutan untuk sampai kepuncak tokwan.jalannya ada menegak dan ada landai.Kelebihan menuju ke puncak tokwan ialah tidak lagi merasa keperitan bahan matahari tetapi terasa hembusan dingin angin yang menyegarkan.jalannya biasa tapi mempunyai keunikan dan cabaranya yang tersendiri.
Kami bermula dari kaki bukit broga pada jam 0845hrs dan sampai ke puncak bukit broga pada jam sekitar 1000 hrs .Berehat sebentar dan meneruskan pejalanan ke puncak gunung tokwan .Kami sampai ke puncak gunung tokwan sekitar jalam 1230hrs.Setelah berehat , makan bekalan kami meneruskan perjalanan pulang sekitar jam 1400 hrs.Kami semua selamat sampai ke kaki bukit broga sekitar jam 1600 hrs.
Setelah sampai ke kaki bukit broga kami mandi pula di air terjun tekala.Setelah membersihkan diri kami semua ke kajang untuk menghadiri rumah terbuka semperna hari raya di rumah Mimi OHM.Semua makan dengan berselera kerana perut sudah terlalu lapar....Kenangan manis ini akan terus terpatri dalam ingatan....














Tuesday, October 5, 2010

Sambutan Hari raya Kelab keluarga PERHILITAN @ OHM

acara potong kek meraikan sambutan ulangtahun pertama OHM
semangat raya yang masih bersisa
Lokasi : PERHILITAN Negeri sembilan
Tarikh : 02 Oct 2010