Takkan tengok jer...

Tuesday, October 19, 2010

Filem 'emak ingin naik haji'


Sejujurnya filem ini membuatkan aku menitiskan air mata.Sesiapa mempunyai ibu pasti akan menitiskan air mata melihat filem ini.Mengangkat tema mudah menjadi satu filem berjiwa besar.Lakonan emak (atik kanser) begitu dekat dengan penonton.Tidak terlalu mencuba atau terlalu 'over acting' .Beliau mempersembahkan satu mutu lakonan yang menusuk dan menyentuh tangkai hati.
Manakala zain (Reza Rahadian) sekali lagi mencuri tumpuan.Kalau dalam 'perempuan berkarlon serban' kita akan menyampah dan benci pada watak gila seks yang di perannya . Tapi kali ini kita akan menyayanginya selaku pemeran watak 'zain' seorang anak yang taat dalam cubaan merealisasikan hasrat emak untuk ketanah suci.Paling istimewa filem ini adalah bagaimana tema yang mudah itu mampu di olah dan di persembahkan menjadi sebuah filem yang ada jiwa dan rasa.

1 comment:

  1. terasa macam ketinggalan pula tak tahu pasal filem ni. teringin gak nak tgk!!

    ReplyDelete