Takkan tengok jer...

Saturday, January 22, 2011

Selamat Datang 2011


Sedar-sedar sudah 22 hari tahun 2011 kita lewati.Aku melihat sekeliling, suasana masih sama.Berdiri pada ketinggian yang sama dan duduk pada kedudukan yang sama.Tidak ada apa-apa yang boleh di banggakan.Tidak ada kejayaan atau sesuatu yang boleh di laungkan .Segala bagai berlalu begitu sahaja.


Perlukah kita hanya mengukur pada kemampuan dan bakat sendiri.Perlukan kita terus hidup dalam persekitaran selamat tanpa berani untuk memecah tembok keselesaan untuk mencapai sesuatu yang belum pasti akan di nikmati.


Memang rezeki tidak akan datang bergolek,sagu tidak akan terhidang di depan mata tetapi tidak semua ada keberanian itu untuk mencapai sesuatu yang masih kabur dan belum pasti.


Tapi perlu ada sesuatu,perlu ada sesuatu perubahan yang positif.Perlu tanggalkan selimut hangat itu yang memberi kita sedikit kehangatan.Perlu, kerana untuk meraih sesuatu yang hebat perlu ada pengorbanan.Walaupun mungkin akan kedinginan tanpa kehangatan selimut itu sekurang-kurangnya ia akan menjadi pengajaran untuk di kenang dan di ceritakan pada cucu cicit pada masa akan datang.Moga hari itu akan tiba....

Wednesday, January 12, 2011

Menyentuh awan di puncak Perdah,Jasar dan Berembun

Kl Sentral
Menuju ke Cameron Highland (1800hrs)
Tapak Khemah Kem Sungai pauh
Lokasi: Tanah Rata , Cameron Highland
Belakang golf course,pejabat Hutan Cameron Highland


T-shirt




Kl Sentral..tunggu bas tak sampai-sampai
Geng JB Backpaker yang kepenatan

bas belum sampai

sampai ke Kem Sg. Pauh 2340hrsSuai Kenal
Uncle,Yen

meraikan tahun baru 2011

Mata dah mengantuk seh....

Yen
ketua projek Mckas En.hairi

Selamat Tahun Baru 2011

Bergegar kem Sungai Pauh
Sebelum memulakan pendakian ke Puncak Perdah
Kawasan Perumahan orang asli Cameron Highland

melalui rumah orang asli
menuju ke puncak Perdah

menuju puncak perdah

Keluar dari tapak perkhemahan menuju ke perumahan orang asli
untuk ke puncak perdah
kawasan perumahan orang asli yang merupakan titik permualaan pendakian
kepuncak Perdah
Menuju ke titik permulaan untuk menuju ke puncak


wajah-wajah cerita
Puncak Perdah akhirnyan berjaya di tawan
Puncak Perdah
Ketinggian : 1,529 meter (5,016 kaki)
tahap kesukaran : Mudah
Antara Perdah dan Jasar yang di pisahkan oleh pematang gunung

kawasan elektrik bervoltan tinggi (jalan menuruni puncak Jasar)
Jalan menuruni puncak Jasar

Puncak Jasar
Ketinggian : 1,696 meter (5,564 kaki)
lokasi: Sempadan Perak dan Pahang
Tahap Kesukaran : Mudah
Kedudukan :Bersebelahan dengan Gunung Perdah

Puncak jasar

Guide di Puncak Jasar

Puncak Jasar

Tanah rata sebelum ke Puncak Berembum

tanah Rata

kawasan Mardi , sebelum mendaki Gunung Berembum
Perjalanan Ke puncak berembum

ais krim strawberry (awie)


Puncak berembun
Ketinggian : 2,077 meter (6,817 kaki)
Lokasi Cameron Highland , Pahang
Tahap Kesukaran : Sederhana
Geng JB dengan hairi

OHM di Puncak Berembun
Puncak Berembun

Tapak Khemah hari terakhir

sessi fotografi hari terakhir





Orang Hutan Malaya (ohm)

OHM

aiskrim strawberry yummy...yummy

Faisal OGKL

uncle , saiful dan aku

Bharat Plantation

bharat plantation

bharat plantation


Ekspedisi Trans Gunung Berembun,perdah,Jasar
Tarikh : 31 Dec 2010 - 02 Dec 2011


Hembusan dingin embun pagi yang merembes bagaikan mengusir rasa pening mendaki laluan berliku ke puncak Cameron Highland melalui persimpangan Simpang Pulai.Sampai agak lewat ke kem sg.pauh, sekitar jam 2340 ekoran kelewatan penjadualan yang sememangnya sering berlaku dalam mana-mana organisasi.Bagi mengisi perut yang lapar kami di sajikan dengan biskut dan air teh .Setelah memasang khemah , sessi suai kenal pula mengambil tempat.Suasana bermula ceria dengan detuman mercun yang mengegarkan kem sg.pauh bagi meraikan sambutan tahun baru 2011.Selamat tinggal 2010 , selamat datang 2011.
Majlis suai kenal berjalan pantas kerana malam sudah terlalu larut.Besok tepat jam enam pagi semua peserta perlu bangun untuk bersiap.Tepat pukul 0800 pagi , kami harus memulakan perjalanan.Trans tiga gunung dalam satu hari memerlukan satu displin dan perancangan masa yang teliti agar tidak terperangkap dalam kegelapan hutan bila malam mula mengambil tempatnya
kami memulakan hari dengan behoon yang lazat , bekalan 2 bungkus nasi impit beralas serunding , sebiji epal , kudapan dan air mineral menjadi pengalas perut dalam perjalanan.Atas izin Sang Pencipta Segalanyanya berjalan lancar.Semua gunung berjaya di tawan dalam masa dan situasi yang di tetapkan . Walaupun ada sedikit kekalutan kerana ada beberapa pendaki yang tersesat tetapi segalanya berjaya di atasi. Kami berjaya pulang ke tapak kem sebelum mentari melabuhkan tirainya.
Malam itu semua berada dalam kepenatan.Kelewatan makan malam menyebabkan perut menyanyi minta di isi . Renyai hujan menambah kedinginan malam yang mencengkam.Khemah basah menyebabkan sukar untuk melelapkan mata.Walaupun apa cabaran atau halangan terpaksa di tempuh itulah keindahan dan kenikmatan seorang pendaki.Pengalaman ini terlalu
manis dan bernilai harganya.Pengalaman ini juga memberi ruang untuk aku lebih menyayangi alam......tidak puas menghirup nyaman udara alam yang mendamaikan....