Selamat Datang 2011


Sedar-sedar sudah 22 hari tahun 2011 kita lewati.Aku melihat sekeliling, suasana masih sama.Berdiri pada ketinggian yang sama dan duduk pada kedudukan yang sama.Tidak ada apa-apa yang boleh di banggakan.Tidak ada kejayaan atau sesuatu yang boleh di laungkan .Segala bagai berlalu begitu sahaja.


Perlukah kita hanya mengukur pada kemampuan dan bakat sendiri.Perlukan kita terus hidup dalam persekitaran selamat tanpa berani untuk memecah tembok keselesaan untuk mencapai sesuatu yang belum pasti akan di nikmati.


Memang rezeki tidak akan datang bergolek,sagu tidak akan terhidang di depan mata tetapi tidak semua ada keberanian itu untuk mencapai sesuatu yang masih kabur dan belum pasti.


Tapi perlu ada sesuatu,perlu ada sesuatu perubahan yang positif.Perlu tanggalkan selimut hangat itu yang memberi kita sedikit kehangatan.Perlu, kerana untuk meraih sesuatu yang hebat perlu ada pengorbanan.Walaupun mungkin akan kedinginan tanpa kehangatan selimut itu sekurang-kurangnya ia akan menjadi pengajaran untuk di kenang dan di ceritakan pada cucu cicit pada masa akan datang.Moga hari itu akan tiba....

Comments

Popular Posts