Takkan tengok jer...

Monday, July 27, 2009

Teater Lorong Blues 2

Bersama seorang Lagenda .Puan Hajjah Fauziah Nawi













Masih ingat pertanyaan saya pada anna , salah seorang yang menguruskan tentang pembayaran harga tiket untuk STEFANI bagi teater lorong blues 2

“mengapa tak gunakan khidmat www. tiket2u.biz untuk menguruskan penjualan tiket?”


jawapanya


“ ini produksi kecil ajer, mereka tak terima”.

Pendapat saya , mungkin mereka menilai kecil dari segi keupayaan kewangan , tapi percayalah bagi peminat teater , STEFANI adalah satu nama yang cukup gah dan mempunyai jenama mereka sendiri iaitu pementasan yang ‘sesuatu’ untuk di perkatakan,Bukan permentasan kosong yang tidak membawa erti apa-apa.STEFANI telah membina reputasi mereka sendiri dengan mementaskan teater-teater yang mempunyai jiwa,rasa dan roh.Hasil produk keluarannya sarat dengan kritikan sosial yang berlegar dalam kehidupan seharian kita dan dekat dengan penonton.

Pada 25 Julai , berkesempatan untuk menonton Lorong Blues 2 di Stor DBP.Suasana di sana sangat santai dan mesra yang jarang-jarang kita lihat dan rasai dalam pementasan besar seperti di Istana Budaya.Mungkin ruang lingkup yang kecil dan terbatas mengizinkan situasi ini terjadi.Apapun terima kasih pada produksi STEFANI yang melayan penuh mesra dan ramah.
Teater lorong blues 2 , telah pentaskan di Stor DBP pada 24 Jul hingga 7 Aug , Sekali lagi isu dan kritikan sosial yang berlegar dalam kehidupan hari ini menjadi topik untuk di pertontonkan kepada khalayak.


Rasanya tidak wajar untuk membandingkan Lorong blues 2 dengan pementasan di Istana Budaya ataupun produksi yang di terbitkan oleh DBP sendiri seperti Intan yang tercanai yang baru-baru ini di terbitkan dengan kerjasama DBP.Ini kerana keupayaan kewangan produksi dan scala pentas yang lebih cangih dan gah.

Prop Lorong Blues 2 sangat ringkas dan minimal.Tapi isi patinya amat sarat dengan pengajaran,mesej dan lontaran kritikan sosial yang berlegar dalam kehidupan hari ini.Propnya yang ringkas itu sesuai dengan tempat pementasan itu sendiri di Stor DBP.Segalanya bergantung sepenuhnya pada kekuatan mutu lakonan untuk menyampai segala cerita dan mesej dan di iringi dengan muzik dan suara vokal yang sangan minimal.Segalanya minimal tapi memuaskan.Cuma saya tidak boleh tangkap lirik lagu ketika di lantunkan , walaupun berada pada barisan depan.Kesanya , muzik itu tidak sampai di hati. Apapun teater ini boleh di katakan baik dalam serba kesedahanaan. Sayapun sebenarnya tidak layak untuk memberi komen secara ilmiah atau secara teknikal sebab hanyalah seorang penonton amatur yang tidak berilmu.Saya cuma berkongsi rasa apa yang terkesan pada visual yang terpampan di depan mata.

Tahniah juga kepada STEFANI yang banyak melatih pelakon-pelakon baru yang mempunyai bakat untuk terus di gilap dan di gilap untuk menjadi mutiara yang bersinar terang suatu hari nanti.


P/S : puas hati sangat dapat ambil gambar dengan pelakon pujaan hati ku Puan Hajjah Fauziah Nawi...segan pun ada kang dia artis besar...siapalah kita....hehehehe .Terima kasih Arween (bakat baru yang di gilap STEFANI) sebab tolong tangkap gambar.



Monday, July 20, 2009

Ampunkan hambamu ini....




Terjumpa gambar ini di blog

http://tukangbuatsushi.wordpress.com/

ada sesuatu yang menyentuh hati...ampunkan hambamu ini ya Allah yang lalai dan lemah....

Saturday, July 18, 2009

Satu pagi yang cerah...



Gaya kanak-kanak riang yang montel...

Tuesday, July 14, 2009

Mana nak cari filem Rahim Razali dan Filem lakonan Christine Hakim???
































Aku selalu jatuh cinta dengan sentuhan Datuk Rahim Razali.seperti ada magik pada sentuhannya.Filemnya sangat bersifat kemelayuan,penuh jati diri melayu dan kuat falsafahnya.Tanpa perlu teknologi CGI atau teknik simenatografi hebat filemnya mampu berdiri sendiri dan berupaya menjadi khazanah yang berharga pada industri filem melayu.Hasilnya selalu mencapat satu tahap piawaian yang membanggakan.Antara filem hebat arahanya yang pernah di hasilkan ialah Tsu Feh Sofia (1986) , Anak Serawak (1988) , Abang (1981) , Abang 92 (1993) , Puteri (1987) dan banyak lagi. Pelakon-pelakon yang membarisi filemnya juga mempunyai tahap piawaian yang tinggi yang biasanya memang hebat beraksi di pentas teater ataupun terbukti hebat di layar lebar.Hajjah Fauziah Datok Ahmad Daud,Ahmad Tamimi Serigar ,Ahmad Yatim, Yusuf Wahab,Eman Manan,Marlia Musa dan ramai lagi pelakon hebat yang sempat beraksi di bawah arahannya.Hal ini ternyata menambah rencah dan mampu memberi impak hebat pada arahannya dan filem itu sendiri.Adakah kenyataan ini terlalu memuji atau bias kerana yang menulisnya salah seorang peminatnya?. Walau bagaimanapun itulah hakikatnya.Moga dia kembali mengarah untuk menambah lagi hasil arahannya yang bermutu.
Tapi sayang filem-filem arahannya terlalu sukar di perolehi di kedai-kedai VCD hari ini.Cuma filem anak Serawak yang berjaya saya perolehi.Setiap kali menonton filem ini timbul rasa kekaguman akan kehebatan skrip dan mutu lakonan pelakon-pelakon yang menjayakan Anak Serawak.Datuk Rahim Razali,Ahmad Yatim (sangat hebat) , Yusuf Wahab dan Ahmad Tamimi Serigar memberi jiwa dan rasa pada filem ini.Mereka memang sangat hebat dan di bantu pula dengan kekuatan skrip yang sangat mantap.Hari ini di pasaran , kita hanya di lambakkan dengan Vcd-Vcd filem tempatan yang tidak berkualiti berlambak di pasaran tetapi filem arahan Datuk Rahim Razali begitu sukar untuk di temui.Mengapa ya?


Begitu juga dengan filem-filem hebat indonesia seperti filem Lakonan Christine Hakim.Terlalu susah mencari filem seperti Tjoet nya' Dhien,badai pasti berlalu , sekeras kerikil dan banyak lagi di pasaran.Aku hanya mempunyai filem Di dalam kelambu dan daun di atas bantal.Sama ada aku yang tersilap mencari, atau lokasi yang kurang sesuai harap ada yang membantu untuk aku mendapatkan koleksi dari filem-filem hebat ini....wasalammmm

Monday, July 13, 2009

Teater Lorong Blues 2


Kita serang Lorong Blues 2 pula.Tiket dah tempah pada 25 Jul 2009.
*UNTUK TONTONAN 15 TAHUN KE ATAS SAHAJA*

Thursday, July 9, 2009

Teater Intan yang tercanai


Teater adalah satu kepuasan secara langsung.Oleh sebab itu pentingnya peranan pemeran watak dalam bercerita dan menyampai isi cerita supaya penonton memahaminya.8 Julai 2009 ,Jam 2030 bertempat di DBP (Balai Budaya Tun Syed Nasir) berpeluang menonton teater Intan yang tercanai.Tarikan paling kuat sudah pasti Naskah ini sendiri dan bintang hebat seperti Kak ogy,Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli.Mereka mereka memang tidak mengecewakan.Mereka sangat hebat dan berkesan dalam melakonkan watak lembaga 1,lembaga 2 dan lembaga 3.Lirikan mata,gerakan tangan intonasi suara sangat berkesan.Puas menonton lakonan hebat mereka secara langsung di pentas berbanding di kaca TV.Inilah hebatnya teater.Harap pelakon baru dapat belajar dari mereka.Skor muzik dan lagu tema juga sangat bagus.Cuma bagi saya seorang penonton amatur ikhlas dari hati pemeran watak Ungku Intan Anis , Danial dan terutama Geetha masih perlu banyak mengali watak (pinjam kata kak ogy).Apapun teater ini tidak mengecewakan dan memberi kepuasan,keinsafan betapa lemahnya manusia ini.
"Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa yang tersirat"