Takkan tengok jer...

Thursday, July 9, 2009

Teater Intan yang tercanai


Teater adalah satu kepuasan secara langsung.Oleh sebab itu pentingnya peranan pemeran watak dalam bercerita dan menyampai isi cerita supaya penonton memahaminya.8 Julai 2009 ,Jam 2030 bertempat di DBP (Balai Budaya Tun Syed Nasir) berpeluang menonton teater Intan yang tercanai.Tarikan paling kuat sudah pasti Naskah ini sendiri dan bintang hebat seperti Kak ogy,Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli.Mereka mereka memang tidak mengecewakan.Mereka sangat hebat dan berkesan dalam melakonkan watak lembaga 1,lembaga 2 dan lembaga 3.Lirikan mata,gerakan tangan intonasi suara sangat berkesan.Puas menonton lakonan hebat mereka secara langsung di pentas berbanding di kaca TV.Inilah hebatnya teater.Harap pelakon baru dapat belajar dari mereka.Skor muzik dan lagu tema juga sangat bagus.Cuma bagi saya seorang penonton amatur ikhlas dari hati pemeran watak Ungku Intan Anis , Danial dan terutama Geetha masih perlu banyak mengali watak (pinjam kata kak ogy).Apapun teater ini tidak mengecewakan dan memberi kepuasan,keinsafan betapa lemahnya manusia ini.
"Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa yang tersirat"

3 comments:

  1. salam saudara. memang best cerita ni. nanti jemput datang tonton teater Lorong blues terbaru arahan ibu fauziah nawi

    ReplyDelete
  2. Persembahan yang ringkas tapi menarik..
    Memang best..
    berbaloi..

    ReplyDelete
  3. Comfirm pergi tengok lorong blues 2..thnks for ryann and mr.janggel

    ReplyDelete