Takkan tengok jer...

Sunday, March 2, 2014

Bukit Saga dan Air Terjun Sg. Putih



Bukit Saga antara lokasi pendakian yang sangat popular di Kuala Lumpur . Lokasinya yang strategik tidak jauh dari kuala lumpur menjadikan tempat ini antara tempat riadah seisi keluarga yang sangat popular . Terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran ampang   tidak jauh dari jalan pandan utama . Tanda arah ke tempat ini ialah Taman Melur/Taman Saga .Kawasan ini di selia dan di jaga oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga .



Treknya sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak jinak dengan  aktiviti mendaki . Sangat sesuai juga pada pendaki  yang ini membuat latihan untuk  event yang lebih mencabar .  Terdapat tiga trek untuk  menawan puncak bukit saga iaitu trek A , Trek B  dan Trek C . Trek B di tutup buat masa ini atas sebab sebab yang tidak pasti . Trek A  lebih menegak tapi  lebih  pendek jaraknya manakala trek B pula juga menegak dan lebih jauh jaraknya . Trek ini terpisah apabila berjumpa satu tokong cina yang menjadi pemisah antara dua trek ini . simpang ke kiri untuk trek C manakala simpan kekanan untuk trek A .

Taman Permainan Taman Saga Ampang 


Kali ini saya  mengikuti event yang di anjurkan oleh En. Faizal Samad FBK .tempat berkumpul di tempat paking taman permainan di depan balairaya Taman Saga . Sekitar Jam 9 pagi pendakian pun  bermula . Trek bermula di tangga belakang papan tanda jalan 28 Taman Saga Ampang.Selepas itu akan berjumpa satu gerai yang menjual air , buah buahan dan tongkat pendaki . Di sini juga pendaki perlu membayar yuran sebanyak rm 5.00 seorang untuk meneruskan pendakian . Wang itu akan di gunakan untuk penyelengaraan baik pulih , kemudahan dan kebersihan bukit saga. Kali ini trek yang di pilih ialah naik mengunakan trek C sampai kepuncak dan seterusnya ke air terjun sungai putih . Manakala trek balik pula adalah mengunakan trek A .

Pemulaan Pendakian 


Hidangan pertama ialah trek mencanak terus sampai kepuncak . Tiada istilah bonus atau tanah landai untuk mengambil nafas. Setelah sampai ke tokong cina perlu membelok ke kanan untuk trek C sehingga sampai kepuncak . Tempoh masanya sekitar 45 minit hingga ke 1 jam mengikut stamina masing-masing . Di puncak ada Beirut sebagai penanda bahawa pendaki sudah sampai ke puncak .

Puncak Bukit Saga




Setelah berehat dalam 20 minit , pendakian di teruskan untuk ke air terjun sungai putih . Sampai ke satu simpang perlu belok ke kanan untuk ke air terjun . Simpang ke kiri ialah trek balik trek A . Ke air terjun Sungai Putih perjalanan mengambil masa dalam 45 minit juga mengikut stamina masing masing . Trek kali ini adalah mendaki dan turun . Air terjun Sungai putih tidaklah terlalu besar atau tinggi air terjunnya tetapi airnya cukup menyegarkan dan mendamaikan .





air terjun sungai putih 

air terjun sungai putih 

air terjun sungai putih 


Perjalanan pulang pula perlu menempuh sekali lagi jalan sama ke air terjun sehingga sampai ke simpang trek A . Setelah sampai ke simpang trek A treknya adalah curan dan berbatu .Sekitar dalam 10 minit  menurun kita akan berjumpa satu lagi simpang. Kali ini perlu  membelok kekanan dan  berjumpa satu tempat / markas Persatuan Pendaki Bukit Saga. Di sini terdapat kemudahan air minum , tempat rehat , hammock  dan juga beberapa alat asas untuk senaman .Kemudahan ini di sediakan oleh pihak persatuan untuk kemudahan pendaki .



Setelah berehat sebentar, perjalanan di teruskan . Kali ini langkah perlu lebih berhati-hati kerana treknya curan  dan berbatu . Dalam 15-20 minit akan berjumpa semula tokong cina tempat pemisah antara trek C dan trek A. Dalam 15 minit kita akan berjumpa kembali gerai yang  sama  semasa mula mula mendaki.Itu adalah penanda bahawa kita telah berjaya mneyudahkan pendakian menawan puncak bukit saga dan Air Terjun Sg. Putih.Moga lain kali berjumpa lagi .