Bukit Saga dan Air Terjun Sg. Putih
Bukit Saga antara lokasi
pendakian yang sangat popular di Kuala Lumpur . Lokasinya yang strategik tidak
jauh dari kuala lumpur menjadikan tempat ini antara tempat riadah seisi
keluarga yang sangat popular . Terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran
ampang tidak jauh dari jalan pandan
utama . Tanda arah ke tempat ini ialah Taman Melur/Taman Saga .Kawasan ini di
selia dan di jaga oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga .
Treknya sangat sesuai bagi mereka
yang baru berjinak jinak dengan aktiviti
mendaki . Sangat sesuai juga pada pendaki yang ini membuat latihan untuk event yang lebih mencabar . Terdapat tiga trek untuk menawan puncak bukit saga iaitu trek A , Trek
B dan Trek C . Trek B di tutup buat masa
ini atas sebab sebab yang tidak pasti . Trek A lebih menegak tapi lebih pendek jaraknya manakala trek B pula juga menegak
dan lebih jauh jaraknya . Trek ini terpisah apabila berjumpa satu tokong cina
yang menjadi pemisah antara dua trek ini . simpang ke kiri untuk trek C manakala
simpan kekanan untuk trek A .
Taman Permainan Taman Saga Ampang |
Kali ini saya mengikuti event yang di anjurkan oleh En.
Faizal Samad FBK .tempat berkumpul di tempat paking taman permainan di depan
balairaya Taman Saga . Sekitar Jam 9 pagi pendakian pun bermula . Trek bermula di
tangga belakang papan tanda jalan 28 Taman Saga Ampang.Selepas itu akan
berjumpa satu gerai yang menjual air , buah buahan dan tongkat pendaki . Di
sini juga pendaki perlu membayar yuran sebanyak rm 5.00 seorang untuk
meneruskan pendakian . Wang itu akan di gunakan untuk penyelengaraan baik pulih
, kemudahan dan kebersihan bukit saga. Kali ini trek yang di pilih ialah naik
mengunakan trek C sampai kepuncak dan seterusnya ke air terjun sungai putih .
Manakala trek balik pula adalah mengunakan trek A .
Pemulaan Pendakian |
Hidangan pertama ialah trek
mencanak terus sampai kepuncak . Tiada istilah bonus atau tanah landai untuk
mengambil nafas. Setelah sampai ke tokong cina perlu membelok ke kanan untuk
trek C sehingga sampai kepuncak . Tempoh masanya sekitar 45 minit hingga ke 1
jam mengikut stamina masing-masing . Di puncak ada Beirut sebagai penanda
bahawa pendaki sudah sampai ke puncak .
Puncak Bukit Saga |
Setelah berehat dalam 20 minit ,
pendakian di teruskan untuk ke air terjun sungai putih . Sampai ke satu simpang
perlu belok ke kanan untuk ke air terjun . Simpang ke kiri ialah trek balik
trek A . Ke air terjun Sungai Putih perjalanan mengambil masa dalam 45 minit
juga mengikut stamina masing masing . Trek kali ini adalah mendaki dan turun .
Air terjun Sungai putih tidaklah terlalu besar atau tinggi air terjunnya tetapi
airnya cukup menyegarkan dan mendamaikan .
air terjun sungai putih |
![]() |
air terjun sungai putih |
air terjun sungai putih |
Perjalanan pulang pula perlu
menempuh sekali lagi jalan sama ke air terjun sehingga sampai ke simpang trek A
. Setelah sampai ke simpang trek A treknya adalah curan dan berbatu .Sekitar dalam 10 minit menurun kita akan berjumpa satu lagi simpang.
Kali ini perlu membelok kekanan dan berjumpa satu tempat / markas Persatuan Pendaki Bukit Saga. Di sini terdapat
kemudahan air minum , tempat rehat , hammock dan juga beberapa alat asas untuk senaman .Kemudahan ini
di sediakan oleh pihak persatuan untuk kemudahan pendaki .
Setelah berehat sebentar, perjalanan di teruskan . Kali ini langkah perlu lebih berhati-hati kerana treknya curan dan berbatu . Dalam 15-20 minit akan berjumpa semula tokong cina tempat pemisah antara trek C dan trek A. Dalam 15 minit kita akan berjumpa kembali gerai yang sama semasa
mula mula mendaki.Itu adalah penanda bahawa kita telah berjaya mneyudahkan pendakian menawan puncak bukit saga dan Air Terjun Sg. Putih.Moga lain kali berjumpa lagi .
Comments
Post a Comment