Takkan tengok jer...

Tuesday, January 12, 2010

Filem Laskar Pelangi


Akhirnya dapat menonton filem ini di Youtube.Satu filem yang amat menyentuh hati.Lakonan yang hebat .Cut mimi yang penuh keibuan .Tora sudiro yang menyuntik suasana romantis.dan pelakon kanak-kanak yang polos dan penuh ketulusan....

Tuesday, January 5, 2010

Satu Kehilangan





Telah pulang mengadap sang pencipta...


Meninggalkan segala harta dunia ...


Membawa bekal yang mampu di bawa...


moga Allah mengampuni segala dosanya...


dan beliau ditempatkan bersama orang yang beriman....



----------------------Jefri Bin Abdullah-------------- (sekadar gambar hiasan)


26 Apr 65 - 30 Dec 2009 ,


0930 hrs.....


(umur 44 thn)




Meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak.


Monday, January 4, 2010

aleya

Lokasi : Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala teremgganu
Tarikh : 30 Dec 2009
masa : 2115 hrs








aleya & aisyah-->








aleya, adik & ibunya---->

Selamat Hari Jadi Along dan Angah





Inilah kek meraikan hari jadi dua orang anak buah paling sulung dan kedua sulung iaitu along dan agah.Along dah dapat anak bermakna paksunya dah dapat pangkat baru iaitu atuk su...hahahaha..dah atuk su........huhuhu.....Tidakkkkk!!!!!!!













'Dek nak' tiada kaitan dengan tajuk sebab malas nak buat ruang khas untuk dia...masuk sekalilah dalam ruangan ini..maafkan pak su ya.... Janji Paksu dah bawak jalan-jalan KL dan beli kasut sekolah.


















( along , anaknya & angah) ---->




Selamat menyambut hari jadi kepada along dan angah , moga sentiasa berjaya dalam kerjaya dan memperolehi keberkatan dan kerahmatan dalam hidup.......






Pantai Marang

Redup sinar mata mereka bagaikan mutiara.Bersinar penuh ketulusan.Alam seakan ketawa bila mereka ketawa.Alam seakan berduka tika mereka berduka.Polos wajah mereka bagai membawa diri ini di seliputi kebahagian. Kanak-kanak memang penyeri....Tanpa mereka dunia ini akan sepi....

<---- bakal penganti erra fazira tapi ada angin macam maknya huhuhu....





Lokasi :Di pinggir pantai marang
Tarikh : 31 DEC 2009
gambar : kak Lang,aisyah,aleya,adik,saiful
































Sayangku.....



Pawana berhembus pelahan membelai rasa , bulan tika itu tidak penuh seakan turut berduka dan mengerti akan dia yang kembali.Tapi anak-anak kecil ini masih terlalu muda untuk mengerti . Ramai tetamu bertandang di tafsir satu kemeriahan dan perayaan.Tambahan lagi seluruh sanak saudara berkumpul menjadi suasana cukup meriah dan ceria.Situasi ini di tafsir satu pesta dan perayaan.Mereka masih terlalu muda untuk turut merasa sakitnya kehilangan.Biarlah belum masanya untuk mereka merasa apa itu sakit.Gembiralah sayangku ketika masih bebas untuk merasa kegembiraan ini.Kerana hidup orang dewasa penuh duka dan lara dan bila tiba saat itu kamu juga akan merasanya.Buat masa ini gembiralah kerana tawamu ubat mujarab untuk manusia dewasa yang lara.Moga keduakaan ini tidak akan menjamahmu.Teruslah ketawa bidadari kecilku....moga lara itu tidak akan singgah di hatimu.....
Sekurang-kurangnya keceriaan ini juga membuatkan kakak ipar turut tersenyum.Membuatkan bibir mungilnya menguntum senyum walaupun sinar matanya penuh duka , penuh lara.Sekurang-kuranya kecerian ini mengalih kelukaan barang sedetik.Mengalih pilu yang menusuk rasa kala kegelapan menyeliputi malam .Memalingkan seketika duka yang bertandang di hati.Cuba di tutup lara ini.Tapi raut wajah tidak mampu berdusta....jadilah rajawali kakakku....jangan putus asa.....Allah sentiasa bersamamu...dan kami sekeluarga akan berusaha membantu sedaya mampu ....





mereka masih anak kecil untuk mengerti akan kehidupan.Mereka masih terlalu polos untuk mengenal warna warni kehidupan.Redup bening memancar kesucian hati yang belum tersentuh noda.Walaupun dalam situasi kehilangan , mereka masih belum mengerti yang perjalanan mereka masih jauh padahal sayap sebelah kanan yang akan membawa mereka terbang sudah patah.mampukan mereka terus mengepak seperti rajawali atau tersungkur dalam mencari arah.Moga Allah terus merahmati mereka.....