Teater Sireh Bertepuk Pinang Menari

Datuk Nordin Hassan

“Jika mustahil pada tersurat , carilah pula apa yang tersirat” kata-kata hikmah setiap karyanya yang menjentik rasa ingin tahu dalam penafsiran yang berlapis dan mendalam.Tertarik pada karyanya setelah buat pertama kali di perkenalkan melalui teater Intan yang tercanai di DBP pada tahun lepas.Tampak mudah tetapi mempunyai penafsiran yang berbeza dan mendalam .Itulah dia hasil karya sasterawan negara Datuk Nordin Hassan.

Kali ini berpeluang menonton persembahan mahasiswa semester akhir program diploma pengurusan seni dan seni lakon Universiti Teknologi Mara (UITM) di DBP pada 03 OCT 2010.Mengambil salah satu karya Datuk Nordin Hassan 'sireh bertepuk pinang menari' di bawah arahan Norzizi Zulkifli.Program ini adalah projek tahun akhir sebelum menamatkan pengajian.Ia di pentaskan selama empat hari bermula 30 SEP hingga 03 OCT .Ia juga sempena bulan bahasa dan kebangsaan.Seramai 42 mahasiswa terbabit mencakupi dua kumpulan pecahan iaitu pelakon dan pengurusan majlis.
Tema pelajar yang masih belajar ternyata membantu menyelamatkan pelajar-pelajar ini daripada terus tengelam dalam kehebatan karya ini.Persembahan amatur jelas pada mutu lakonan mereka.Tetapi tema selaku pelajar dan pelakon dalam teater ini seakan mengizinkan penonton dewasa memaafkan kekurangan itu.Lontaran vokal , mengenal ruang dan dan rasa masih kurang dan perlu banyak di perbaiki.Tetapi tidak dapat di nafikan mereka adalah pelapis dan mempunyai bakat untuk terus menceriakan industri teater tanah air.Ada beberapa pelakon yang begitu menonjol dan membantu memberi rasa pada teater ini. Paling menonjol adalah apabila pelakon ini menjadi diri mereka sendiri.Menjadi pelajar yang di tugaskan untuk melakonkan watak teater Sireh bertepuk pinang menari.Konsep ini ternyata dapat menyelamatkan kelemahan yang ada pada mereka.Moga bakat yang ada terus di asah untuk menjadi palapis pada industri teater tanah air .









Comments

Popular Posts