Takkan tengok jer...

Wednesday, June 3, 2009

Tajuk : Lepaskan kembali aku kelaut

Lepaskan kembali aku ke laut…
Aku tercugap,lelah dan tak mampu bernafas…
Ku cuba untuk mencari ruang…
Kucuba untuk terus bertahan…
Tapi aku semakin lelah
Aku semakin lemah…
Aku semakin parah…

Aku lemah dan tak mampu bernafas…
Tercugap-cugap mencari arah…
Cuba bangkit dari piung-piung yang di tinggalkan…
Tapi ia semakin menyakitkan…
Semakin lama semakin mencengkam…
Mengores sedikit demi sedikit diri ini…
Yang akhirnya menjadi kudis…
Meleleh nanah penuh nista…
Di aspal hitam penuh noda
Kudis ini sukar sembuh…
Kerana ia satu janji yang terpetri mati..
Satu ikatan yang jauh dari jangkauan…

Sememangnya aku silap mentafsir mimpi…
Yang indah dalam mimpi…
Belum pasti ia realiti
Aku juga silap meramal bintang…
Kerana bintang itu bukan kejora
bintang itu juga bukan bintang timur…
Pemandu arah narhoda ketika hening malam…
Pemandu arah narhoda ketika pawana mendatang…
Dan akhirnya aku terus di sini

Daerah ini bukan lagi miliku…
Jajahan ini bukan lagi tempat ku….
Bebaskanlah kembali aku kelaut…

Pintaku…
Lepaskanlah kembali aku kelaut…
Aku ingin mencari Jalan pulang…
Aku ingin kembali ketitik permulaan…

Nukilan : jat

No comments:

Post a Comment