Aktiviti sihat
















Bagi seseorang pendaki, setiap gunung mempunyai roh,semangat dan kekuatan yang tersendiri.Setiap gunung tidak sama dan tidak akan pernah sama.Sama ada mudah atau sukarnya sesebuah gunung itu, masing-masing mempunyai tahap dan skala yang berbeza yang tersendiri.Mungkin yang membezakanya tahap kesukaran dari segi cabaran laluan yang di perkatakan.Ini kerana pendakian juga bergantung pada cuaca dan keadaan muka bumi.Setiap pendaki tidak boleh takbur atau bongkak walaupun sudah berkemahiran tinggi atau mempunyai banyak pengalaman dalam pendakian kerana tinggi atau rendahnya sesebuah gunung itu belum menjamin senang atau susah proses menakluknya .Seorang kawan yang juga ‘sifu’ mendaki gunung pernah menceritakan bagaimana seorang kawannya meremehkan bukit gasing yang di katakan tidak mencabar keupayaan akhirnya tercugap-cugap dan mengaku kalah dengan bukit itu walaupun ia hanyalah sebuah bukit sederhana yang dijadikan warga tua terutama bangsa cina untuk beriadah.

Aktiviti mendaki gunung juga sebenarnya satu ketagihan.Sekali menyertai akan terus ketagih untuk mengulanginya.Paling utama menjadi dan mencari kumpulan satu kepala,satu rasa,satu semangat dan satu hati.Tanpa kumpulan yang bersatu hati susah untuk menikmati keseronokan ini ataupun mengulangi lagi keseronakan pada masa akan datang.Mungkin saat pendakian menuju kepuncak,hati berbisik ini adalah kali terakhir dan serik untuk mengulangi lagi aktiviti tersebut .Tapi percayalah, apabila sudah sampai ke puncak segala kesakitan,kepenatan itu akan hilang.Hilang bersama gemalainya air terjun yang mengalir manja.Hilang bersama indahnya panorama alam , segarnya udara yang di hirup dan nyamanya bayu yang membelai wajah.Percayalah,segala kesakitan itu akan hilang dan di ganti dengan ketenangan , kedamaian yang sukar untuk diluahkan.Hanya peminat aktiviti ini sahaja yang mampu mengambarkanya.

Saya bukan seorang pendaki professional atau berpengalaman.Hanya seorang peminat dan seorang yang tahu menghayati keindahan .Pengalaman mendaki hanya dua kali iaitu Gunung Tebu di Terengganu Tahun 1993 .Waktu itu masih bersekolah di Sek Men.Agama Durian Guling.Pengalaman kedua Gunung Nuang pada Tahun 2007 bersama kumpulan Jom camping.

Walaupun sudah 16 tahun masa berlalu, kenangan mendaki Gunung tebu antara yang paling indah yang akan sentiasa di kenang sepanjang hayat.Pengalaman mendakinya memang perit dan sangat mencabar. Rasanya tahap kesukaranya lebih mencabar berbanding gunung nuang.Jalannya juga menyimpang jauh dari sumber mata air kecuali pada pemulaan pendakian.Jadi sumber air minuman amat penting ketika itu dan perlu di sediakan secukupnya.
Nota: gambar di ambil masa ekspedini menawan gunung nuang bersama kumpulan Jom camping.

Comments

Popular Posts