Tanda


Mungkin ada yang ralat kerana persembahan teater ini di batalkan persembahan nya.
Tapi bagi aku , yehaaaaaaa kerana tarikh yang baru iaitu 25-28 feb 2010 tidak bercanggah dengan apa-apa yang menungkinkan aku tidak dapat hadir. Isyallah dengan izinnya aku akan pergi 25 hb nanti.





Beto Khusairy..........>
(foto dari rat)

















Faktor-faktor mendorong keinginan untuk menonton.




1.Produksi ini di halang untuk di pentaskan di aswara.

Hikmahnya , Sudah pasti isu ini salah satu faktor pendorong yang kuat untuk menarik penonton ke pementasan ini . Naluri manusia yang ingin tahu ('busy body') sudah pasti akan tertarik untuk mencari punca sebuah teater tentang alam di halang untuk di pentaskan .

Lumrah alam , yang di halang itulah akan di cari orang . Tapi walaupun tidak mengenali mereka dan belum pernah menyaksikan persembahan meraka , selaku peminat teater hati ini turut tersentuh akan tragedi ini . Moga mereka terus bersemangat dan gigih dalam meneruskan perjuangan mereka.Bagi peminat teater seperti aku hanya mampu menyokongnya dengan pergi menonton .Kerana tiada penonton tiadalah teater.





2.Hendak menonton Beto khusairy yang memberikan lakonan mantap sebagai rosli dhobi.lakonanya pun mirip lakonan namron.





3.Salah seorang peminat hasil kerja namron





4.Ingin melihat idealis generasi teater muda yang segar , baru dan sudut pandangan mereka tentang dunia...

Comments

Popular Posts