Riadah Santai Gunung Bunga Buah

uncle sedang memberi ceramah motivasi pagi
foto ehsan nazrul
uhhhhhhhhhh panjang jalan tar ni.....

boleh lepas tak aku ni...kang pengsan kang sapa nak dukung....


100% motivasi dan penuh semangat juang


0.001 % motivasi dan semangat juang hehehehe




Perjalanan ke Gohtong Jaya(sebelah Hotel seri Malaysia)
foto ehsan nazrul
Akhirnya selamat sampai ke tempat bermula
aku , nazrul , ??? (tak ingat namanyer)
foto ehsan nazrul

aku & adik manis (tak ingat namanyer)

nazrul

inilah bukti sebuah kegigihan, selamat tinggal sayang....
foto ehsan nazrul

dua-dua orang kuat sambil makan maggi(syed dan sypul)
foto ehsan nazrul

Hujan dah turun da....
foto ehsan nazrul

tidur time....
foto ehsan nazrul

syed (orang kuat)
foto ehsan nazrul

sesi makan-makan
foto ehsan nazrul

Cuba mengelecek di puncak gunung..golllllllll (puncak Gunung bunga buah)
foto ehsan nazrul

Melepas lelah (taman batu)
foto ehsan nazrul

taman batu
(foto ehsan nazrul)
empat gadis pingitan
foto ehsan nazrul

sejukkan badan sekejap

nazril & farhana
foto ehsan nazri
Jalan Tar(bukan jalan Tunku Abdul Rahman ye)
foto ehsan Nazri

Mula-mula mendaki,berhampiran kebun sayur
foto ehsan nazri


Tepi hotel seri malaysia.Dengar taklimat dan senaman rengangan
foto ehsan nazri

Stesen BHP tunggu semua sampai
Foto Ehsan Nazri

Berhampiran Taman Batu
foto Ehsan Nazri


Taman Batu (Rock Garden)
foto ehsan nazri


sumber air terakhir sebelum sampai puncak
Baju merah Syed , pendaki sejati
foto ehsan nazri
kita minum dulu
foto ehsan nazri
motto hari tu
foto ehsan nazri

berehat sebentar...cuba tengok beg orang kuat.dengan air gunung 10 liter
ada berani....
foto ehsan nazri
Puncak Gunung Bunga Buah (ada percaya)
dari kiri(sypul,khairul,shafiq,morry dory,farhana,shadila,syed,dila,nazri,cikgu)
foto ehsan nazri
Puncak di ketinggian 4690 kaki

foto ehsan nazri


Pose jangan tak pose, bukan senang nak datang ni....
-foto ehsan nazri-

masih bermotivasi(masih senyum lagi)

group yang best giler walaupun baru pertama kali jumpa(termasuk uncle tu)


Nazrul

shafiq

cikgu adik beradik(mula-mula aku ingat kembar)

syafiq & khairul


orang kuat nazri (yen) dgn cik tulang besi urat dawai.Paling laju dia ni



Lokasi : Gunung Bunga Buah Genting Hingland Pahang
Tarikh : 25 SEP.2010

Tema : Don't Give up

Terdetik di hati masa mendaki ( masa trek mencanak , berselut dan merangkak bawah pokok). Apa aku buat ni, kalau berada di rumah tengok doraemon atau spongbob squarepant sambil makan kueh tart nenas lagi nyaman.Segala macam rasa dan keperitan bercampur baur.Namun apabila sampai ke taman batu, segala keperitan itu di telan kabus memutih yang mendamaikan.Suasana dingin dan berkabus dengan udara yang mendamaikan menyebabkan keperitan itu berlalu.Tambahan pula berada di sekeliling mereka yang positif dan karismatik walaupun usia masih muda.


Pada awal pendakian ( di tepi kebun sayur) kami telah di hidangkan dengan trek yang mencanak tegak sambil di temani cik cat yang sentiasa minta untuk di belai barang seketika.Sekitar 45 minit dalam suasana yang masih bermotivasi kami di hidangkan pula dengan trek tar dan semak lalang yang tinggi.


Apabila tamatnya jalan tar dan semak lalang maka bermulalah pendakian yang sebenar.Ada yang tegak mencanak dan ada yang landai.inilah pendakian sebenar yang benar-benar menguji ketahanan fizikal.Mendaki dalam trek basah,lecak dan licin amat menuntut kesabaran dan ketepatan langkah.kalau tersilap mudah mencium tanah.

Apabila sampai ke taman batu , semangat untuk menuju kepuncak semakin membara.Kabus memutih dan tiupan dingin angin gunung seakan memberi semangat baru untuk sampai kepuncak walaupun ketika itu kasut yang di pakai sudah pecah tapaknya.Tetapi setelah mendengar kata-kata dari Syed untuk kepuncak sekitar dalam setengah jam sahaja lagi hati semakin berkobar-kobar.Tetapi sekali lagi terpaksa berperang dengan mental apabila masa setengah jam berlalu begitu sahaja dan puncak tidak juga kunjung tiba.Namun begitu segala keperitan hilang begitu sahaja apabila puncak berjaya juga ku tawan.

Setelah bergambar di puncak , makan bekal yang di bawa kami bergegas turun semula untuk mengejar waktu supaya tidak terperangkap dengan cuaca gelap.Memandangkan cuaca berkabus, trek yang lecak,basah,curan dan licin menurun gunung dalam suasana gelap sangat menyulitkan dan merbahaya.Oleh kerana tapak kasut telah tertanggal terpaksalah aku mengikatkanya dengan tali rapia. Kami turun bertemankan renyai hujan dan cik cat yang semakin menganas.Untuk turun kami terpaksa mendaki lagi satu bukit yang sangat tinggi.Ia satu pengalaman yang sangat menjerihkan memandangkan segala kudrat telah di gunakan semasa mendaki ke puncak.

Kasutku yang berikat tali rapia akhirnya tidak dapat di selamatkan lagi.Trek yang lembab dan berakar menyebabkan kasut tidak dapat bertahan lama.Syukurlah sypul meminjamkan kasutnya untuk di pakai.Tetapi kasutnya itu tidak mencengkam tanah dan sangat licin apabila di gunakan.Hasilnya beberapa kali aku terduduk dan punggung ini mencium tanah.Ada kala aku gagal mengawal pergerakan kerana kasut itu sangat licin dan tidak mencengkam.Tapi sudah rotan tiada akar pun berguna juga.Akhirnya aku berjaya juga sampai ke kaki gunung di tepi ladang sayur sekitar jam 1830 . Berakhirnya satu pengalaman indah yang tidak mungkin aku lupakan.

perkara menarik:-

1:-Syed memang tukang besi urat dawai.Beg seberat tu selamba saja dia pikul.Lebih besar beg dari dia.Tabik spring lah....

2:- walaupun baru kenal dan pertama kali bersua muka tapi macam dah kenal lama

3:-oleh kerana ada yang tak tahu nama jadi pangilannya ialah we-wei.
4:-cik cat memang bermaharajalela.

5:-Pendakian kali ini cukup sifatnya , dengan tanah lecak,hujan,cik cat dan berkabus.
6:-moto kita kali ni ialah 'don't give up...'..aku nyaris-nyaris 'give up' masa turun bila kena mendaki lagi untuk sampai ke persimpangan rakan muda.Masa tu tenaga dah habis , badan dah lunyai.tapi don't give up.































































































































































































































































































































































































































































































Comments

Popular Posts