Ulasan Teater Uda dan dara
















*** gambar dari facebook arween ***





20 Jul 2010 , Di izinkan untuk menonton teater Uda dan Dara . Pada mulanya terhalang oleh hujan yang sangat lebat sekitar jam 1730 hingga 1930. Tetapi alhamdullilah hujan berhenti sekitar jam 1945 .Cuaca yang dingin menjadikan malam ini tambah menarik dan mengasyikkan.

Bila tirai pementasan di buka yang menangkap pandangan ialah tata hias dan tata cahayanya yang cantik dan memukau.Tahniah pada mereka yang berkenaan yang mencipta dan menghias pementasan menjadi begini indah dan cantik.Paling menonjol ialah prop hutan yang di simbahi redup rembulan mencipta suasana romantis ketika uda dan dara memadu kasih.

Dari segi lakonan , emm... maaf misha masih terlalu banyak untuk di perbaiki.Tidak nampak dara dalam dirinya.Tidak nampak kelembutan dan keayuan yang perlu ada pada dara.Dari segi nyanyian juga , ada kala liriknya seperti tidak jelas dan tepaksa melihat sarikata yang terulis dalam bahasa english untuk mengetahui liriknya.Cuma bila adengan Uda di tikam baru nampak pengisian dara yang lemah longlai meratapi kehilangan Uda.

Razali yang memenang watak Uda telah mencuba sedaya mungkin untuk merealisasikan watak Uda.Walaupun belum sempurna sepenuhnya kerana halangan pengalaman tetapi suara yang di milikinya memang memukau dan nada-nada romantis yang dituturnya memang membantu menjelmakan watak uda dalam dirinya.

Ternyata a.aris kadir (kawan uda) mampu mencuri tumpuan.Lakonannya yang bertenaga dan energetik membantu menyerlahkan tenaganya untuk sampai kepada penonton.Latar belakang selaku guru tari membantuknya untuk menyalurkan tenaga hingga terasa kelibatnya di pentas . Tariannya juga hebat dan tepat..Cuma aspek vokal perlu di titik beratkan sekiranya ingin terus berlakon dalam teater berbentuk muzikal.

Apabila berlakon bersama mereka yang berpengalaman , pelakon yang baru belajar belakon perlu mempertingkatkan mutu lakonan untuk seiring supaya tidak ditengelami aura dan kehebatan pelakon berpengalaman.Rosdeen subuh sebagai utih dan Mazlan tahir sebagai alang bakhir ternyata membuktikan mereka memang pelakon teater yang hebat . Pentas bagaiman pemainan bagi mereka.Suara dan gerak tubuh mereka sempurna dan cukup perisa untuk memenuhi piawaian penonton teater yang biasanya cerewet dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam mencari mutu persembahan yang terbaik .


Bagi aku yang paling menonjol adalah vokal pelakon yang memegang watak si buta yang menyanyi sajak Usman awang di akhir persembahan.Suaranya jelas , lunak , merdu , memukau dan menyentuh tangkai hati.....tahniah padanya.

Apapun , teater ini memang berjaya dan seronok untuk di tonton.Tahniah pada datuk Rahim Razali pelakon dan pengarah pujaan hati ini....

Comments

Popular Posts