Teater Lorong Blues 2

Bersama seorang Lagenda .Puan Hajjah Fauziah Nawi













Masih ingat pertanyaan saya pada anna , salah seorang yang menguruskan tentang pembayaran harga tiket untuk STEFANI bagi teater lorong blues 2

“mengapa tak gunakan khidmat www. tiket2u.biz untuk menguruskan penjualan tiket?”


jawapanya


“ ini produksi kecil ajer, mereka tak terima”.

Pendapat saya , mungkin mereka menilai kecil dari segi keupayaan kewangan , tapi percayalah bagi peminat teater , STEFANI adalah satu nama yang cukup gah dan mempunyai jenama mereka sendiri iaitu pementasan yang ‘sesuatu’ untuk di perkatakan,Bukan permentasan kosong yang tidak membawa erti apa-apa.STEFANI telah membina reputasi mereka sendiri dengan mementaskan teater-teater yang mempunyai jiwa,rasa dan roh.Hasil produk keluarannya sarat dengan kritikan sosial yang berlegar dalam kehidupan seharian kita dan dekat dengan penonton.

Pada 25 Julai , berkesempatan untuk menonton Lorong Blues 2 di Stor DBP.Suasana di sana sangat santai dan mesra yang jarang-jarang kita lihat dan rasai dalam pementasan besar seperti di Istana Budaya.Mungkin ruang lingkup yang kecil dan terbatas mengizinkan situasi ini terjadi.Apapun terima kasih pada produksi STEFANI yang melayan penuh mesra dan ramah.
Teater lorong blues 2 , telah pentaskan di Stor DBP pada 24 Jul hingga 7 Aug , Sekali lagi isu dan kritikan sosial yang berlegar dalam kehidupan hari ini menjadi topik untuk di pertontonkan kepada khalayak.


Rasanya tidak wajar untuk membandingkan Lorong blues 2 dengan pementasan di Istana Budaya ataupun produksi yang di terbitkan oleh DBP sendiri seperti Intan yang tercanai yang baru-baru ini di terbitkan dengan kerjasama DBP.Ini kerana keupayaan kewangan produksi dan scala pentas yang lebih cangih dan gah.

Prop Lorong Blues 2 sangat ringkas dan minimal.Tapi isi patinya amat sarat dengan pengajaran,mesej dan lontaran kritikan sosial yang berlegar dalam kehidupan hari ini.Propnya yang ringkas itu sesuai dengan tempat pementasan itu sendiri di Stor DBP.Segalanya bergantung sepenuhnya pada kekuatan mutu lakonan untuk menyampai segala cerita dan mesej dan di iringi dengan muzik dan suara vokal yang sangan minimal.Segalanya minimal tapi memuaskan.Cuma saya tidak boleh tangkap lirik lagu ketika di lantunkan , walaupun berada pada barisan depan.Kesanya , muzik itu tidak sampai di hati. Apapun teater ini boleh di katakan baik dalam serba kesedahanaan. Sayapun sebenarnya tidak layak untuk memberi komen secara ilmiah atau secara teknikal sebab hanyalah seorang penonton amatur yang tidak berilmu.Saya cuma berkongsi rasa apa yang terkesan pada visual yang terpampan di depan mata.

Tahniah juga kepada STEFANI yang banyak melatih pelakon-pelakon baru yang mempunyai bakat untuk terus di gilap dan di gilap untuk menjadi mutiara yang bersinar terang suatu hari nanti.


P/S : puas hati sangat dapat ambil gambar dengan pelakon pujaan hati ku Puan Hajjah Fauziah Nawi...segan pun ada kang dia artis besar...siapalah kita....hehehehe .Terima kasih Arween (bakat baru yang di gilap STEFANI) sebab tolong tangkap gambar.



Comments

  1. 1. CALL aku bro.. aku ada banyak benda nak sembang ngan ko.. 016 6686 434 x pon ko singgah umah aku ko gigih kan drive ke hulu hilir hahaha roda aku dah xde..tinggal tapak selipar je

    2. Len kali layan teater ajak aku k.. x sangka ko kaki gak ye hehehe aku dah lama x gi coz kawan xde :(

    3. stor DBKL nie kat ne? Member (maybe special) aku kata ada show tarian bagai kat DBKL minggu nie..nak gi x? dia ada skali dlm tue :D ..

    ReplyDelete
  2. agak-agak lah...nak ajak aku pergi tengok tarian bogel pun post kat blog aku....huhuhu tak sesuai..nanti aku call oky

    ReplyDelete
  3. ni bukan kat stor DBKL tapi stor DBP (dewan bahasa dan pustaka) kat tupai-tupai tu.....

    ReplyDelete
  4. GILO ke show tarian bogel kat DBKL hahahah tarian traditional kot.. bro.. i miss u .. u know.

    ReplyDelete
  5. ops.....miss comunication hehehehe

    ReplyDelete
  6. betul.... best dalam serba sederhana... Penyampaiaan yang santai. umpama penceritaan dari golongan pro dalam situasi yang tidak menekan penonton berfikir berat tentang yang lain. Hanya dialog, muzik, lakonan.

    I like... ehehe..

    ReplyDelete
  7. saya juga...berbaloi rm30 tu....paling bagus antara yang terbagus....kudin...make me....huhuhu

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kekangan masa buatkan saya tertanya2 bila gamaknya dapat menonton teater ni. aishh..tapi akan dicuba lapangkan masa minggu ini juga :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih meizi sudi singgah blog saya....masih sempat lagi ni hehehehe

    ReplyDelete
  11. Pelita Di Bawah PurnamaAugust 26, 2009 at 9:00 AM

    salam... ramadhan...
    semoga perolehi keberkatan dr NYA
    sihat tubuh badan... akal fikiran

    agak sekian lama kita tenggelam...
    tak pasti bila akan timbul
    dgn silaturrahim yg kian dilupakan

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Pelita di Bawah Purnama kerana sudi singgah di blog ini.Moga cahaya ramadhan ini menyinari kita semua....amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts